
Salam,mohon maaf kepada pembaca2 blog kerana.. agak lama x mengupdate blog ini.Masa dan tugas di sekolah menuntut komitmen yg tinggi, sehingga idea yg bernas yg boleh dimuatkan ke dalam blog ini tidak dapat dicungkil dalam masa yang terdekat.Untuk pengetahuan semua, skrang nie tinggal sebulan sahaja lagi aku akan menghabiskan praktikalku di SMK.Pengkalan Aur, di Taiping. Perasaanku ?? Gembira kerana banyak pengalaman yg telah dikumpul sepanjang berada di sini, banyak memori indah antara aku dan pelajar2ku di sini, berbanding memori pahit.Namun, terselit juga rasa sedih, kerana aku bakal meninggalkan pelajar2 ku dan juga rakan-rakan guru yg rapat denganku selama aku berada di sekolah ini. Namun, aku sedar setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Walaupun ada segelintir masyarakat yg menganggap perpisahan itu adalah satu aturan yg kejam, namun kita perlu sedar, bahawa kita tidak boleh berada di takuk lama, cabaran, tanggungjawab dan bidang tugas yg lebih besar menanti kita dihadapan.Sepanjang praktikal di sini, aku sering juga mendengar rungutan rakan2 yg bosan dengan tugas perguruan disebabkan bebanan tugas dan sikap pelajar yg sukar dibentuk.Ada diantara sahabatku yg ingin menukar bidang, kerana merasakan nalurinya tidak sesuai menjadi seorang guru yg baik.Aku? Aku mencintai bidang perguruan..., namun tidak dinafikan, aku juga manusia biasa yg tidak terlepas daripada dihimpit rasa tertekan disebabkan tugas yg banyak dan sikap sebilangan pelajar yg kadangkala mencabar kesabaran para guru. Namun semua tekanan itu, tidak kekal lama dalam diriku, apabila penat dan marahku hilang..aku kembali bertenaga untuk berjuang sebagai seorang guru dalam usaha mendidik para pelajarku. Bagiku, sebagai seorang guru, muhasabah diri amat penting, demi meningkatkan mutu pengajaran kita dari semasa ke semasa...Antara mendidik,mengubah dan memberi kesedaran? Buat masa kini fokus utama ku lebih kepada memberi kesedaran kepada para pelajarku tentang pentingnya kesedaran diri sendiri untuk menentukan masa hadapan mereka suatu hari kelak.Sebagai contohnya,bagi pelajar kelas 4K1 (kelas last,yg nakal ;) ), semua pelajarnya menjadi bahan bualan guru-guru di bilik guru. Hampir semua guru menghadapi masalah untuk mengajar para pelajar ini.Mereka seolah-olah tiada minat dan semangat untuk belajar.Tatkala aku diberi amanah untuk mengajar sains di kelas ini, aku pada mulanya merasakan ini adalah satu tanggungjawab yg besar yg mungkin memberi tekanan kepada ku. Namun bulan berganti bulan, aku akhirnya mampu mengenali, menyelami jiwa hampir kesemua pelajarku di kelas ini. Bagiku, tugas seorang guru bukan hanya perlu mendidik, namun guru juga perlu ambil tahu latarbelakang keluarga dan masalah yg mungkin dihadapi oleh setiap pelajar, sehingga mereka tidak berminat untuk belajar.Aku gembira apabila pelajar-pelajarku berasa dekat denganku, dan tidak malu menceritakan masalah keluarga mereka, persekitaran dan masalah peribadi yg mereka alami kepadaku. Teoriku tepat, kerana most of these students datang daripada keluarga yg tidak mengambil berat akan diri mereka,mengalami masalah kewangan, kurang kasih sayang dan tidak diberi semangat serta motivasi yg cukup bagi mereka mencipta kejayaan yg cemerlang.Setiap kali masuk ke kelas aku akan mengambil peluang untuk mendekati para pelajarku, dengan cara bergerak dari satu meja ke meja ketika mereka sibuk menyalin nota yg kuberi. Aku bertindak sebagai rakan mereka dengan cara bersembang dengan mereka mengenai diri mereka, masalah mereka dan tidak lupa kepada motif utamaku untuk menyuntik semangat mereka agar berusaha untuk mengubah diri mereka kearah yg lebih baik . Aku tidak pasti sama ada usaha ini bakal membuahkan hasil atau tidak, namun aku yakin,walaupun mereka tidak akan berubah sepenuhnya, namun pasti ada sedikit kesedaran dan keinsafan yg akan timbul dalam diri mereka suatu hari kelak.
" The good teacher explain,
the superior teacher demonstrates,
the great teacher inspires"
No comments:
Post a Comment