
Assalammualaikum kawan2 n semua pembaca blog ;) salam maal hijrah dan salam satu malaysia ^^...sepertimana yang kita tahu...hijrah bermaksud perubahan..berubah dari yg tidak baik kepada yang baik, daripada yg baik kepada yg lebih baik, daripada yang lebih baik kepada yang lebih cemerlang..ermm..bagus sekali, ini yang aku dengar dari imam masjid TV1...satu kata2 yang perlu dijadikan panduan dalam menempuh kehidupan mendatang ;)
Banyak pembaharuan yang perlu dilakukan..dalam usaha menjadi umat yg lebih berjaya..mampukah aku, kita dan semua umat islam yang lain?...secara jujurnya ianya amat sukar..namun sesukar manapun, kita perlu bermula dengan langkah yang pertama..dan terus berjalan,,dan berjalan untuk maju kedepan ..insyaALLAH berbekalkan keikhlasan dan tawakal..jalan yang kita lalui akan dipermudahkan ^^
Kembali semula pada diriku ??? aku seorang yang suka berfikir, merenung , mencari dan menjawab persoalan..dalam diriku penuh tanda tanya, ermmm inilah aku, beginilah aku dan inilah seadanya ;) jangan pening kawan2..he2
Dalam usaha untuk menjadi manusia yang lebih baik..muhasabah diri amat penting..untuk memuhasabah diri, kita perlu lihat sekeliling..bandingkan diri kita dengan orang lain ^^ siapakah aku?? dah cukup baik ker aku ? bagus ker aku? ataw aku cuma bertopengkan kebaikan untuk mendapat pujian dari orang sekeliling? ikhlas ker aku?? oh tuhan..terlalu bnyak persoalan yang perlu dijawab..kadang2...aku buntu sendiri ;) tapi aku akan terus menjiwai dan mendalami diriku sendiri..dengan bantuan kekuatan doa..satu hari aku percaya...aku akan temui jawapan yang tepat tentang diriku ^^
Hari ini..maal hijrah..tahun baru umat islam....aku menerima SMS dari sahabat terdekat, SMS yang ringkas..namun terkesan dijiwa..seolah2 tepat terkena pada batang hidung, bunyinya bergini " smga dilimpahi senyuman, kebahagiaan dengan kegembiraan dunia dan akhirat...tinggalkan kesedihan dan mulakan dengan senyuman yer sahabat ;) " ermmm terima kasih sahabat..yer tepat sekali..bnyak yang aku sedihkan, bnyak perkara yg tak patut difikirkan telah aku fikirkan.. ;( bila direnung kembali..untuk apa aku bersedih..aku mengutuk diri sendiri kerana tidak bersyukur..sedangkan orang lain yang serba kekurangan pun masih bisa bergembira seolah2 merasa sikit pun tidak rasa terbeban dengan kekurangan tersebut, akulah hamba yang hina..melihat kepada sesuatu yang tidak kuperolehi, tapi tidak cuba mensyukuri apa yang aku peroleh....banyak yang perlu aku perbetulkan dalam diri ini...insyaALLAH..aku akan cuba dan terus mencuba..kau kuatkan aku YA ALLAH..kuatkan keyakinanku...^^ aminnn..ampuni dosa2 ku..terimalah taubat dan makbulkan diriku ;)
Hari ini 7 Dec 2010
Bangunnya aku dari tidur..syukur masih ada lg sehari untuk aku terus menghirup udara segar..aku senyum ;) pergi ke bilik air untuk berwudhuk, solat dan membaca al quran (surah al waqiah)...membaca surah al waqiah memang merupakan aktiviti harian ku selepas solat subuh,kerana surah ini amat bagus untuk menjadi penenang jiwa..hadis juga meriwayatkan bahawa..sesiapa yg membaca surah ini setiap hari..mereka tidak akan menjadi miskin selama2nya ^^ insyaALLAH
Usai solat subuh, aku kembali ke katil, hujan yang turun menyebabkan aku kembali menarik selimut..namun mataku tidak mahu lelap, fikiranku melayang memikirkan seseorang..sungguh bnyak persoalan yang timbul, antara cinta, rindu, ketentuan jodoh, dosa dan juga pahala...aku tekad memendam rindu, walaupun kesakitannya hanya ALLAH yg tahu, namun aku pasrah dan teruskan dengan jalan islam yg melarang umatnya "bercinta tanpa batasan ", aku yakin bahawa seandainya kau memang milikku..pasti kita akan dipertemukan jua satu hari nanti dalam keadaan yg indah dan diredhai ALLAH ^^ kita tak perlu berbalas message, cukuplah kita berbalas doa " moga diperlihara iman ..insyaALLAH..aku x mahu sedih lagi..lebih2 lagi sedih dan rindu untuk insan yang tidak halal bagiku~
Entah bila mataku akhirnya terlelap juga,,,x sedar...akhirnya aku dikejutkan oleh mak..untuk mandi dan bersama2 pulang ke kampung. Datuk yang keseorangan perlu dijenguk...jiwa tuanya perlu dijaga. Emak seorang anak yang baik kepada bapanya...insyaALLAH aku akan ambil pengajaran bagaimana untuk melayan ibubapa ku pula apabila mereka telah tua kelak ~ semuanya impian..semoga hatiku x berubah, semoga dikuatkan iman..semoga aku x lupa diri ;)
Erm...petangnya hatiku terdetik untuk menonton TV, alhamdulillah remote kutekan ke TV3, siaran " insan pilihan" benar2 memberi keinsafan kepada sesiapa yg menonton. Bertapa ramai umat islam yang diduga dengan ujian yang maha berat..ada yg cacat penglihatan, cacat pendengaran, ibubapa yang dikurniakan 3 anak yang kuarang upaya..oh tuhan..dugaan mereka begitu besar...apalah sngat dengan dugaan yang aku terima??? maafkan aku Ya ALLAH ~
No comments:
Post a Comment