
Pernah langkah ku payah
Menuju ke destinasi
Kerana malam gelap
Dan bintang hilang kerdipnya
Menjadikan arah ku keliru
Ke timur atau ke barat
Bagai lilin membakar diri
Menerangi kegelapan hati
Kau curahkan bakti dan budi
Jasamu tiada berganti
Namun tanpa rasa payah
Dia memimpin tanganku
Melangkah satu persatu
Dan mencipta jejak impian
Menjadikan arahku jelas
Aku harus ke hadapan
Ohoo… aku kini rindu
Pada satu nama yang berjasa
Tuhan, beri kekuatan
Untuk mendidikku selamanya
Ku pohon restu kasih-Mu
Ampunkanlah guru-guruku
Semalam ku lihat dia
Di bibirnya ada kalimahYang bergetar
saban waktu Sambil tangan menggenggam lilin
Lilin yang tiada terpadam
Menerangi hidupku kini
sedapkan lagu nie, lagu motivasi aku tatkala IQ dan EQ x seimbang ^^
betul..guru ibarat lilin yg membakar diri..namun bukan semua guru yang dianggap begitu oleh semua pelajar yg pernah diajar..sebabnya?? jngan salahkan mereka..setiap pelajar mesti ada guru favourite masing2..ermmm macam zaman kita sekolah dulu la ^^
bila dengar lagu nie..tiba2 rasa sayu..teringat pada arwah guruku yg sangat berjasa.. maknanya guru yg paling baiklah sewaktu aku dibangku sekolah dulu ^^ rindu pada arwah teacher narimah...;( disebabkan sifat keibuan beliau..sehingga saat ini, setiap doaku di setiap solatku..aku tidak pernah lupa mendoakan beliau ~ al fatihah
No comments:
Post a Comment