Tuesday, February 1, 2011



assalammualaikum..slamat pagi..pagi nie rasa sihat jer badan2 aku..;)

hmmm..memang aplikasikan cuti sebaik2nya..

malam td pkul 11 dah tdur..btul la bila kita mempunyai tidur

yg cukup, kita akan bngun pagi dngan rasa yg segar,,,

tp kalaw terlebih tidur, x bagus juga, jd malas dan bleh

dpat penyakit..^^
malas..korang pernah rasa malas x??? haaa..mesti pernah kan..

.sama la mcm aku..tp penyakit malas nie datang

sebulan dalam dua kali jer...slalunya hujung2 bulan n kalau

time cuti sekolah yg panjang..ha3...kalau dah kena penyakit

nie...memang rasa x nak buat ape2,,,

nak duduk dalam bilik jer..ajak la g mana pun..

.kata la nak blanja KFC or pizza ke..jawapanku

tetap sama...X NAK ;)
Kadang2 aku fikir balik...x salah bila kdg2 rasa malas nie..

sebab nie la masanya nak rehat, nak merenung diri,

nak bersendirian, muhasabah diri dan nak

merancang masa depan ( berfikir)..ermmm kadang2

kehidupan harian terlalu sibuk, kita perlu buat apa yg

diarahkan oleh orang atasan @ bos, kena bertindak

sebagai anak yg baik dihadapan ibubapa,

kena bereaksi sebagai guru yg berdedikasi di sekolah..

.kena sentiasa bersemangat dihadapan pelajar,

wearing a strong mask...mnjadi kawan yg baik bila diperlukan,

menjadi ahli masyarakat yg peramah dan perlu

menjadi macam2 lagi dalam usaha menjadi yg terbaik.

..namun x dinafikan...semua nie kadang2 mengundang lelah...

kadang2 kita perlukan masa untuk berehat sama ada

dari segi fizikal, mental dan emosi..

bagi aku cara yg terbaik ialah

"sometimes u have to leave me alone " ~
seorang kawan pernah berkata kepada aku

" setiap manusia ada bahagiannya, redha dan percaya pada qada dan qadhar"...seringkali aku merenung kembali kata2 ini terutamanya sebelum tidur,,banyak betulnya, sepanjang umur 24 tahun..banyak perkara/peristiwa yg membuka mataku...bahawa kita hanya hamba, masa depan kita cukup berliku, dan ALLAH IS THE GREETEST ^_^ disini aku tuliskan beberapa kisah benar yg mungkin membuka mata sesiapa yg membaca bahwa kita tidak berdaya tanpa pertolongan dari ALLLAH dan setiap manusia itu telah ditentukan perjalanan hidupnya ~

peristiwa pertama :
peristiwa ini berlaku semasa semester 7 diupsi,

kami dikejutkan dengan kematian/pemergian seorang

sahabat yg dikenali sebagai "cikgu suhaimi",

seorang yg baik, ahli surau, selalu terlibat dengan nasyid,,,

dan senang cakap disenangi ramai.

Apa yg mengejutkan kami...cikgu suhaimi meninggal dalam tidur,

beliau tidak mempunyai apa2 penyakit...

dan sebelum tidur cikgu suhaimi

sempat berpesan kepada ibunya

supaya mengejutkannya untuk bangun subuh

pada keesokan harinya. Apa yg menyedihkan lg,

menurut ibu cikgu suhaimi, cikgu suhaimi

adalah anak harapan keluarga ini...

cuma tinggal satu semester sahaja

lagi beliau akan menamatkan pengajian

di UPSI sebelum bergelar pendidik ,

namun ALLAH maha mengetahui, yg dirancang

tetap akan terjadi ~

peristiwa kedua :
peristiwa ini berlaku semasa semester 6 di upsi,

aku sebilik dengan seorang pelajar prempuan

yg bertudung labuh....ala2 ustazah..memang

ustazah pun..he2..rakan sebilik aku nie

sebenarnya brutal juga..tiap2 malam mesti YM,,

x tawu chatting dengan sapa..hmmm bila dah serasi tue,

aku tnya dia ada boyfriend x? dia kata x der,

tp dia ada minat kat seorang mahasiswa nie..

diorang satu sekolah menengah..dan

sekarang satu jurusan kat UPSI,

slalu balik kg sama2, parent masing2 pun dah kenal..

erm tp biasalah dalam hubungan mesti ada masalah,

lebih2 lg bila ada org ketiga yg turut sama

memikat si mahasiswa nie...erm..kesian kawan aku..tup..tup

nak jadikan cerita bila lepas konvo, kawan aku nie

dapat posting kat sabah..punyalah sedih

sebab dapat posting jauh,,nangis2

mengenang nasib diri ( rasa diri punya la malang)...

erm..tapi ALLAH maha tahu, lepas 6 bulan kawn

aku tue ngajar kat sabah, dengar berita yg dia

dah berkahwin pun dengan seorang cikgu yg sama

sekolah ngan dia kata sabah ;) ermm.so aku

terfikir satu perkara kalau dia x g sabah

mesti dia x jumpa jodoh dia kan ^^

peristiwa ketiga :
peristiwa ketiga nie x ingat semester berapa...

berkenaan dengan seorang mahasiswa USM yg

bernama najmah, seorang yg cantik, manis dan ceria...

masa tue najmah nie baru jer bertunang dengan

pilihan hatinya dalam sebulan dua la kalau x silap,

tngok gambar majlis pertunangan dia pun grand..

besar besaran gak..nak jd kan cerita, najmah dengan

tunang dia pergi bercuti dekat teluk pahang,

yg pergi najmah, tunang dia n adik tunang dia,

kalau x salah adik tunang dia nie kecil lg dalam

umur 3 atau 4 tahun macam tue, malang tak berbau,

masa mereka bertiga naik bot ( tanpa pakai jaket keselamatan)

tiba2 bot tue terbalik..si lelaki x sempat

nak selamatkan kedua2nya, cuma sempat selamat kan

budak kecil tue jer..jd najmah hilang dilautan

selama dua hari..kaum keluarga berkampung ditepi

pantai sambil berdoa dan baca yassin..dah pada

hari kedua baru mayat najmah dijumpai ~ alfatihah..

pastinya tiada siapa pernah menduga,,begini akhirnya,

subhanallah,, maha suci ALLAH, dia lebih mengetahui ~

ermm..sebenarnya bnyak lagi peristiwa yg nak dicerita,

tp lain kali lah..he2..semoga peristiwa2 ni membuka mata

saya dan kita semua,, kadang2 kita sedih sebab kita x

dapat apa yg kita nak, kita cemburu bila tengok org

lain lebih berjaya dan bahagia, ermm..ada juga org

yg memandang rendah dan hina pada orng cacat dan

tidak sempurna...sedarlah SETIAP MANUSIA ITU ADA BAHAGIAN-BAHAGIANNYA,bersyukurlah jika hari ini, kita masih

dapat melihat, dapat bernafas dan berjalan..pernah x suatu hari anda terfikir...bila anda bangun pagi, anda hanya boleh bergerak,,,tp anda tidak dapat melihat ( Alllah telah mengambil semula nikmat penglihatan daripada anda tanpa memberi notis 24 jam ) ^^ jd bersyukurlah..walaupun anda kurang daripada org lain..tp sebenarnya anda punya segala2nya selagi dalam diri anda ada iman dan didiklah diri untuk merasa cukup ^^
artikel ini juga sebenarnya untuk diriku sendiri

yg bnyak dosa, yg sering tergugat iman,,dan selalu

menganiaya diri sendiri.. ^^ selamat beramal


by : sheedabdulrahim
date : 2 feb 2011
time : 11.40 pm
place : atas katil sendiri ;)

No comments: