Sunday, February 27, 2011

indahnya tawakal ^^


assalammualaikum, salam sayang buat pembaca blog cahaya bintang timur ;) macammana yer kehidupan u all? adakah sinar bintang timur u all masih bersinar cemerlang ??? erm..kalau bersinar cemerlang..baguslah..pastikan ia trus bersinar bergemerlapan dan trus cemerlang..^^ dah hampir 2 minggu x update blog nie..ada dua sebab, yg pertama sebab busy..yg kedua.. sebab x der idea nak tulis ape2.. i'm a bit blur for about this two week..^^ bnyak juga benda yg berlaku..ada yg kecil ada yg besar..ada juga yg sederhana..tp whatever it is..,,this is what we call life.. ada yg manis ada yg pahit ~ hidup terlalu misteri untuk dimengertikan..kdg2 kita takut untuk menanti masa depan..takut tersalah buat pilihan..takut segala yg ALLAH pinjamkan, diambil semula..pada saat dan ketika kita masih memerlukan "barang" yg dipinjamkan ~subhanALLAH..inilah manusia..dan inilah juga aku ^^ ...dan dalam meniti kehidupan ini..apa yg perlu tersemat dihati adalah "tawakal kepada ALLAH", kerana dia maha mengetahui.." kun fa ya kun"..apa yg susah bagi kita, sebenarnya sangat senang bagi ALLAH...


PERNAKAH ANDA RENUNGKAN :


SITUASI 1 :

suami isteri yg sudah berkahwin hampir berbelas tahun, tp masih belum dikurniakan anak...pegi jumpa doktor sana sini, makan macam2 ubat, berubat tradisional..namun masih juga belum dikurniakan anak walaupun wang ringgit telah bnyak dihabiskan..pastinya ada terlintas dihati kecil suami isteri ini..mengapa begitu sukar untuk dapatkan anak?? ermmm. sukar bagi kita, tp sangat senang bagi ALLAH, cuma..jawapannya ALLAH blum mahu beri anak kepada mereka...sekiranya ALLAH mahu beri..dengan sekelip mata si isteri tersebut boleh mengandung..berdoalah dan bertawakallah..ALLAH maha mendengar ^^


SITUASI 2 :

Seorang gadis berusia 20-an, meminati seorang permuda kacak yg beriman...namun jalan untuk mendekati pemuda itu agak sukar, kerana bnyak saingan yg perlu ditewaskan..hmmm pasti dihati si gadis berfikir siang dan malam bagaimanakah cara untuk manawan hati si pemuda..hati akan jadi tidak keruan...fikiran akan rungsing bila cinta x berbalas..si gadis pula mula merasakan dunianya gelap.tiada warna-warni ^^emm...inilah fenomena sebenar yg terjadi..sebenarnya kita lupa,perasaan cinta yg dikurniakan pada diri kita..adalah kurnian ALLAH, DIA maha tahu apa yg kita rasai..x guna kita berfikir siang dan malam untuk memikirkan pelbagai cara atau taktik untuk memikat si pemuda..memadai berusaha seadanya dan cukuplah..kita berdoa siang dan malam meminta pertolongan dari ALLAH yang berkuasa ke atas hati si pemuda tersebut. berdoa dan tawakal~ itu penting, saya pernah membaca satu pepatah dalam satu buku islamic, bunyinya begini " wahai kekasih hatiku,kita tidak perlu berbalas call atau msg, cukuplah jika kita berbalas doa " ;) renungkan~


Tawakal satu ibadah hati paling utama dan akhlak iman paling agung. Seorang ulama menyatakan tawakal ialah percaya kepada Allah dan hanya kepada Dialah kita mengharapkan segala sesuatu, bukan kepada siapa pun.


Orang yang tawakal selalu menggantungkan diri dan menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah. Mereka sentiasa berlapang dada dan tidak resah bila dibelit masalah. Mereka tidak cepat berputus asa, sebaliknya sentiasa yakin dan percaya kepada kemampuan diri sendiri. Mereka hanya berserah (tawakal) kepada Allah selepas segala usaha dan ikhtiar dilakukan.Mereka bertawakal kepada Allah kerana mereka mempunyai perasaan kuat Allah Yang Maha Pemberi segala-galanya.


Allah memberi rezeki, memberi kejayaan, memberi kepandaian, memberi kesenangan, memberi keselamatan dan semuanya datang daripada Allah. Kita hanya berusaha mencari dan mendapatkannya.Dalam al-Quran Allah berfirman bermaksud: “Dan percayalah (tawakallah) dirimu kepada Allah, jika kamu betul-betul beriman.” (Surah al-Maidah ayat 23).



Allah sangat mencintai hamba-Nya yang bertawakal. Dan Allah akan memberikan jalan keluar serta akan memberikan rezeki yang datang tanpa disangkanya. Dengan kata lain, mereka (orang tawakal) tanpa gusar yakin terhadap ketentuan dan kekuasaan Allah hingga menyerahkan segenap permasalahan kepada-Nya semata.


~indahnya tawakal~

alhamdulillah aku merasai nikmat tawakal, moga nikmat ini berkekalan dalam diri ini ^^

aku bertawakal kepadamu setelah aku berdoa kepadamu :


1) aku bertawakal kepadamu setelah aku menyempurnakan urusan pekerjaanku..semoga kerja yg aku lakukan mendapat berkat dengan izinMu


2) aku bertawakal kepadamu setelah aku melakukan kebaikan..moga aku sentiasa ikhlas, dan moga aku dikurniakan kedudukan yg baik yg engkau redhai


3) aku bertawakal kepadamu..setelah aku titipkan doa kepada kedua-dua ibubapaku dan ahli keluargaku..moga engkau pelihara dan menjaga mereka..


4) aku bertawakal kepadamu..setelah aku berdoa jika 'dia" benar milikku yg engkau tetapkan di luh mahfuz..titiplah rindu antara kami, mekarkan jualah cinta antara kami...dan permudahkanlah jalan jodoh kami


5) aku bertawakal kepadamu..setelah aku mohon perlindungan daripada mu dari hasad dengki kejahatan manusia dan makhluk2 yg lain


by : sheedabdulrahim

time :10.57 pm

date : 27/2/2011

place : in my room


quotes for today :


Jadi,andai dirimu tercipta dengan penuh keindahan, bersyukurlah kerana itu adalah anugerah-Nya dan menjadi perhiasan kepada peribadi yang indah.Tiada gunanya rupa yang jelita tanpa pekerti yang mulia.


"jadikanlah dirimu mawar yang menyeri & menguntum di jalan dakwah & biarkanlah mawar itu terpaksa melukai tangan-tangan utk merasai harumnya kasih Allah"


No comments: