Tuesday, March 8, 2011

...because i'm ur teacher ~


dunia berubah..sangat berubah..antara guru dan pelajar, zaman aku sendiri menjadi pelajar..( 1993 - 2003) dibandingkan dengan zaman aku sendiri begelar pendidik...( 2009- 2011), baru dua tahun..kadang2 cukup membuatkan kepalaku sakit..


sepanjang perjalanan dari sekolah ke rumah petang semalam..aku memandu bersama fikiran yang melayang..fikir dan terus memikir, salah guru? salah pelajar? salah ibubapa? atau salah zaman yg moden??


terbayang di memori, zaman2 persekolahan aku di convent dan di SMS Pokok Sena

hmmm..di convent kami amat menghormati guru

mengutuk guru tidak pernah sama sekali

mengambil tahu hal peribadi guru

tak pernah terlintas dalam fikiran

berjumpa guru hanya kerana hal2 profesional

berjalan di tepi guru, kami wajib senyum dan tunduk hormat

"good morning teacher, assalammualaikum cikgu"

ucapan yg x pernah lekang

nak bergurau senda dengan guru, x berani sama sekali

bukan takut, tapi hormat

sebab dia guru, bukan kawan^^

dua hari x tegur guru, rasa bersalah

mesti cari peluang untuk tegur guru

kerana murid x boleh sombong dengan guru

jika diberi tugas, kami laksana dengan cepat

x pernah mimpi untuk mencipta alasan

malah bangga kerana diberi kepercayaan

jumpa guru di luar kawasan sekolah

tegur dan sapa

walaupun guru x kenal siapa kita

~ memori tinggal memori~

setelah bergelar pendidik, dapat dibuat kesimpulan bahawa

" guru amat berbangga dengan pelajarnya bukan setinggi mana kejayaan yang dapat dicipta oleh pelajarnya, tapi setinggi mana akhlak pelajar tersebut dan ingatan pelajar tersebut terhadap guru yang pernah mengajarnya" subhanaallah


The best teachers teach from the heart, not from the book. ~Author Unknown


masih belajar untuk menjadi guru yang bagus

belajar dari guru2 yg senior

mengimbau kembali karakter bekas2 guru

insyaALLAH

suatu hari nanti

aku mencapai kepuasan dalam kerjaya ini

sukar memuaskan hati semua pelajar dan org sekeliling

toleransi itu bagus

tapi bila terlalu toleransi..idea dan pendapat kita kurang diterima

baik hati itu bagus

namun..terlalu berlemah lembut..pasti ada yg ambil kesempatan

tegas itu bagus..tapi terlalu bertegas..kadang2 kita lupa nilai kemanusiaan

apepun..guru patut dihormati

sebijak mana anda, bijak lagi guru anda

tanpa guru saya, saya tidak akan menjadi guru

begitu juga anda

tanpa guru, anda bukan siapa2

renungkan ^^


The only reason I always try to meet and know the parents better is because it helps me to forgive their children. ~Louis Johannot


If you promise not to believe everything your child says happens at school, I'll promise not to believe everything he says happens at home. ~Anonymous Teacher


by : sheedabdulrahim

time: 9.16am

date : 9 mac 2011

place: on my bed



No comments: