Saturday, July 9, 2011

awak..jom kahwin??


satu hari...(perbualan antara sin chan dan sizuka)

sin chan : awak jom kahwin
sizuka : sy x nak kahwin lagi
sin chan : awak nak kahwin dengan sy tak?
sizuka : ermmm..kalau ada jodoh kita kahwin
sin chan : nak tunggu sampai bila??
sizuka : sampai sy betul2 bersedia nak jadi isteri dan ibu yang solehah ^^
sinchan : oke ( nada x puas hati)
sizuka : harap awak faham

..apabila umur menjangkau 24 tahun ke atas..topik yang selalu dibicarakan adalah perkahwinan, baik dari kalangan ibubapa,kaum keluarga, rakan2 sekerja, teman2 seperjuangan mahupun para pelajar sendiri.." bila cikgu nak kahwin ?" kadang2 soalan ini perlu dibiarkan tanpa jawapan, cukup sekadar memberikan senyuman..tp kadang2 pula..jawapan yg bijak harus diberikan..agar yang menanya mendapat kepuasan dan tidak lg tertanya2..

soalan demi soalan :

dari ustazah azizah :
" sheeda duk tunggu apalagi? jngan tunggu lama2 la sheeda "

dari kak maziana :
"hampa nie bila la nak kahwin, kak mas dulu umur 25 dah kahwin..elok dah kahwin skarang nie,,jngan memilih sngat"

dari kak ton :
cikgu, kak ton bagi number cikgu kat anak kak ton bley? kawan la dulu..kalaw dia telefon angkat tau..

dari cikgu kiki :
wey..jngan jual mahal sngatla..hargailah apa yg ada depan mata, nanti ang menyesal

dari cikgu hidayah :
mak aku tnya hang nie dah berpunya blum..nak dengar dari mulut ang sendiri,sebab dia nak kirakan ang dengan anak kawan dia

~ berhenti rehat seketika ~

assalammualaikum..ingin berbicara tentang isu perkahwinan..iye..berkahwin itu sunah nabi..tujuan berkahwin adalah untuk menyambung keturunan untuk melahirkan zuriat yang soleh..seterusnya anak2 yang dilahirkan dapat dididik menjadi khalifah yg dapat memartabatkan islam...inilah sebenarnya tujuan perkahwinan..

tapi sebelum melangkah ke alam ini.sangat perlu bagi kita untuk bertanya pada diri sendiri..cukup bersediakah kita untuk memikul tanggungjawab yang besar, sudah cukupkah ilmu rumahtangga dan ilmu agama yang ada dalam diri..mampukah bertahan dan bersabar dengan pasangan masing-masing untuk tempoh masa seumur hidup?

sememangnya setiap pasangan yg bercinta berhasrat untuk sampai ke jinjang pelamin..hidup bahagia bersama anak2..tiada satu manusia pun yang inginkan perpisahan..namun kita perlu bersedia dari segi fizikal, mental dan emosi..hidup ini bukan hanya manis sahaja..pasti ada pahitnya..dugaan pasti datang...namun apabila dugaan dan cabaran yg hebat menimpa mahligai yang dibina..apakah yg dapat mempertahankan mahligai tersebut dari runtuh..pastinya..IMAN dan AGAMA.

"Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang. (Ar-Rum 21)

"Wanita-wanita yang keji diperuntukkan untuk lelaki yang keji. Dan lelaki yang keji diperuntukkan untuk wanita yang keji pula, dan wanita yang baik diperuntukkan bagi lelaki yang baik, dan lelaki yang baik diperuntukkan bagi waita yang baik pula." (An Nur: 26)

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Takutlah kepada Allah, di dalam memimpin isteri-isterimu, kerana sesungguhnya mereka adalah amanah yang ada disampingmu, barangsiapa tidak memerintahkan agar isterinya mengerjakan solat, dan mengerjakan agama kepadanya, maka ia telah berkianat kepada Allah dan Rasul-Nya.

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Perbaikilah wanita, kerana sesungguhnya wanita itu diciptakan dari tulang rusuk. Paling bengkoknya tulang rusuk itu adalah di bahagian atasnya. Jika meluruskannya terlalu keras., maka ia akan pecah. Dan jika dibiarkan, maka ia akan tetap bengkok. Maka perbaikilah wanita itu dengan cara yang baik.

"Hai sekelian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, daripadanya pula Allah menciptakan pasangannya, dan dari keduanya dikembangkan laki-laki dan wanita-wanita yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain; dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu." (An-Nisa': 1)

JUSTERU,,NASIHAT UNTUK DIRI SENDIRI DAN RAKAN2 YANG MASIH BELUM BERUMAH TANGGA:

Jodoh dan pertemuan di tangan TUHAN
Kita merancang, ALLAH yang menentukan
Boleh jadi sesuatu yang kita suka itu tidak baik, dan mungkin yang kita benci itu ada baiknya
percaya pada kekuatan doa
jangan terlalu suka berjanji,tapi bnyakkan berdoa
baiki diri sendiri
tingkatkan ilmu rumah tangga dan ilmu agama
yakin bahawa..ALLAH itu baik
pasti diberikan yang terbaik untuk hambanya
INSYAALLAH ^^

awak,,saya x mau kahwin lagi sebab,

1) sy nak awak betul2 bersedia untuk jadi suami dan ayah yg baik serta bertanggungjawab sebelum kita kahwin.

2) sy nak bg masa pada awak untuk belajar ilmu agama secukupnya, supaya awak bley tegur saya bila saya buat silap

3) sy nak awak bina kesabaran dalam diri agar satu hari nanti bila kita menghadapi masalah, awak akan tetap tenang dan akan menjadi dahan tempat sy berpaut.

4) sy nak awak sediakan keperluan untuk keluarga kita, agar awak dapat menjaga sy sama macam ayah saya jaga saya.

5) sy perlukan masa untuk bersedia untuk jadi isteri awak yang solehah dan ibu yang baik


~ end of story~
sy dan awak bukan siapa-siapa
kita sama
hnya hamba ALLAH
yang menharapkan belas kasihan dari pencipta
kita mengharapkan yang terbaik dalam kehidupan ini
ALLAH MAHA TAHU ;)


by : sheedabdulrahim
date : 9 julai 2011
place : on my bed


No comments: