luahan hati seorang kaum hawa yang mungkin biasa di mata sesetengah manusia ;)
tapi aku jua tidak tahu,bagaimana pandangan ALLAH kepadaku..
namun aku hanya manusia biasa,punyai sekeping hati yang sering digoda oleh syaitan selagi nafasku tidak berhenti..moga hari2 mendatang aku lebih matang dan sedar akan tanggungjawabku kepadaMU,ibubapaku yang amat menyayangiku dan menaruh harapan yang besar kepadaku..seringkali aku risau ketewasan ku dalam mengharungi liku2 keremajaanku ini,bakal memberi kesan yg negatif kepada mereka yang memandang tinggi kepadaku..ya ALLAH bantu hambamu..agar langkahku sentiasa diberkatiMU..
'' aku gembira tapi tidak bahagia"....ayat ini kutujukan khas buat seorang kaum adam yang pernah kukenali pada ogos 2006, perkenalan yang hanya seketika..yang tidak diduga..yang juga telah berjaya membuatkan diriku yang kedua kalinya terlibat dalam dunia cinta remaja.Aku gembira dengan pertemuan ini... tetapi tidak bahagia~ kerna aku tidak mampu melafazkan isihatiku kepada insan tersebut..bukan tidak percaya pada diri sendiri,tapi tidak yakin bahawa dirimulah yang telah ALLAH tetapkan untuk diriku sejak di Luhmahfuz lagi...kerna seboleh mungkin aku tidak mahu bakal suamiku mendapat lebihan kasih sayangku,yang sebelum ini telah kuberikan kepada orang lain.Ya ALLAH..sememangnya aku hampir tewas dengan mainan perasaan ini,memendam rasa bukan sesuatu yang mudah..tanpa keyakinan yang teguh dengan janjiMU..mungkin sedikit masa lagi aku bakal tersasar dari landasanMU..berbekalkan keyakinan bahawa diriku akan mati,dan akan bertemuMU suatu hari nanti aku kuatkan keyakinan bahawa ajal,maut, jodoh,pertemuan telah ditetapkan olehmu..engkau lebih mengetahui sesuatu yang lebih baik untuk diriku..dan dengan ini ku lepaskan dia pergi dan redha setiap aturan yang telah engkau tetapkan untuk diriku setiap hari tatkala terbukanya mataku setiap pagi..moga ada hikmah disebalik yang berlaku..moga engkau ciptakan pertemuan pada sesuatu masa yang engkau kehendaki..teima kasih YA ALLAH ~
No comments:
Post a Comment