Sunday, February 24, 2013

"Anak Kecil "

Pernahkah anda mendengar seorang anak kecil membantah keputusan orang tuanya ? Orang tua memaksa dia makan ubat yg sangat pahit demi untuk menyembuhkan  si anak yang sedang sakit, Tetapi si anak menangis dan marah-marah. "ibu jahat ! " Pekiknya marah sambil menangis. Pada pendapat anda, adakah si ibu benar-benar seorang yg jahat atau si ibu sedang bertungkus-lumus berusaha untuk kebaikan anak itu ? Ya, saya yakin kita sepakat dengan jawapan yg sama. Si ibu sama sekali tidak berbuat jahat pada si anak, malah dia hendak menyembuhkannya anaknya  dari penyakit yg berbahaya. Jadi kenapa pula  anak itu menangis dan marah-marah ? Mengapa dia menuduh ibunya berlaku tidak baikpadanya ? Ya, saya juga percaya jawapan kita kali ini juga sama, kerana anak itu masih kecil dan belum mengerti. Kemampuan berfikir dan ilmu yang dimiliki si anak belum mampu menjadikannya  memahami hakikat  dari tindakan si ibu, sehingga kebaikan dilihat sebagai keburukan.

kelak jika si anak dewasa, dia pasti memahami dan tidak lagi  menyatakan bantahan, malah dia akan menerimanya dengan penuh rasa terima kasih. Semua kesakitan dan penderitaan adalah untuk kebaikan anak itu. Walaupun meronta dan menangis  minta dilepaskan, dia tetap akan disuntik dengan jarum suntikan. Semua demi kebaikannya, kebaikan yang belum difahaminya pada ketika itu.

Kebaikan kadangkala terasa menyakitkan, ingatlah perkara itu baik-baik. Kita perhatikanlah keadaan kita seharian. Hitunglah keluhan-keluhan serta nada bantahan kita terhadapNya. Tidakkah kita akan dilihat seperti seorang anak kecil ?

tidakkah kita merasa malu dengan keadaan diri seperti itu? Allah adalah tuhan semesta alam, Tuhan yg maha mengetahui dan kita hanyalah hambaNya. Allah mengetahui dan pengetahuanNya tidak boleh dibandingkan dengan doktor atau ahli nujum sekalipun.

Sebagai seorang hamba, kedudukan kita terhadapNya jauh lebih rendah dibandingkan kedudukan  seorang anak dihadapan ibu atau doktor.....


p/s : olahan dari buku " Bila ALLAH Menduga Kita "

Thursday, February 21, 2013

"orang yg tepat "

rindunya pada wajah itu
keliru sendiri adakah ini fitrah atau fitnah
balik dari sekolah
memandu laju, membelah senja merah
indahnya permandangan yang aku lihat
senja merah kekuning-kuningan
melalui jalan batu kurau-ulu sepetang-kamunting
perjalanan terasa dekat, kerana laluan itu, laluan biasa bagiku
jalan yg lurus membuatkan aku memecut laju
kalau mak kat sebelah, mesti mak "bising" dan membebel
sebab mak sayangkan aku
tp tak per aku yakin perjalanan nie selamat
jangan risau mak...

huuuuh...mengeluh lagi,
mataku sesekali memandang kereta di laluan berlawanan
mataku cepat menangkap setiap kereta mewah putih yg lalu
lantas aku lihat plat keretanya..ohhh..bukan
dah lama x selisih dengan kereta itu,
dah lama x tengok wajah itu..
ini fitrah atau fitnah???
bukan keretanya yg aku panjang
sejak si polan hanya memandu kereta lama lagi, aku seperti terpukau
dengan apa yg aku lihat, magic..

masa terus berlalu, umur terus meningkat
apakah pengakhirannya
aku tahu ini suatu rahsia
cukuplah ALLAH sebagai penolongku
aku solat sitikharah..agar gusarku redha
aku bngun seawal lima pagi untuk bercinta dengan maha pencipta
" ya ALLAH, cukuplah engkau sebagai penolongku, berikan aku pertunjukmu"
hari pertama aku mimpi "naik kapal terbang"
hari kedua aku mimpi wajah itu tersenyum padaku
hari ketiga aku mimpi wajah itu lagi
hari keempat aku mimpi "rokok"
aku menafsir mimpi..mungkin ini pertunjuk..mungkin juga mainan tidur
pesan nabi : bersangka baiklah pada tuhanmu
aku panjatkan doa pada maha penyayang, "jadikalah jodohku itu mampu mendekatkan diriku padaMU, berikanlah aku pertunjukmu,aku yakin engkau sedang mengaturkan sesuatu yang terbaik buatku
aku takut , aku hnya menyatakannya
tapi tidak benar2..meyakininya
aku yakin ya ALLAH..engkau mendengar jerit perih hati ini (senyum sikit)

17 FEB 2013, aku ke rumah pak lang untuk tujuan menghantar arnab ( si putih)
selepas makan soto yg sedap
mak lang lantas berbisik " dik da. jom g rumah tok su sebelah tue"
aku tahu tok su tue bomoh/ boleh ubat org
aku : "nak buat aper? dik da bukan sakit pun"
mak lang : "jom la, suh tok su tue buat minyak ker, bedak ker"...(aku paham maksud mak lang)
aku : "x nak lah..lain kalilah..malulah"
mak lang : " eii..beratus org datang berubat, nak malu aper..jom la"
........................> aku ikut juga membontoti mak lang <------------------------- p="">
di rumah tok su :
mak lang : tok su, cer tengok sikit dik da nie, tolong buat minyak ker, bedak ker
tok su     : owh..x per, nanti tok tolong buat minyak..nie tok tengok muka nie..ada "gangguan" sikit
aku        : hah ? gangguan ????
tok su    : hmmm..ada la gangguan skit, muka nampak gelap, tak berseri..orang x mau dekat
aku        : ( sampai hati, teruk sangat ke muka aku )
tok su    : adalah tue..org dengki, kadang2 balik waktu senja, lalu kat tempat org kena bunuh..
aku        : (aishhhhhhhh, abis tue org yg tak kahwin tue..semua ada gangguan ker,,waaa..)

............................> mak lang dah risau, mak apatah lagi, <..........................................

tolonglah,
andai aku boleh beritahu pada dunia
aku memang nak kahwin
tp dengan lelaki yg aku redha agama dan akhlaknya
mak tanya lagi : cubalah dulu..tak kenal lagi, macam mana nak tahu akhlakhnya?
semoga mak faham
semoga mak lang faham
hanya aku sorang jer faham
dan ALLAH juga faham

bukan degil x nak terima org lain
bukan sombong nak reject org lain
tp ...yeah, jawapannya kerana "orang yang tepat" masih belum hadir
aku masih juga mendiamkan diri
dengan harapan " orang yang tepat" itu faham
semoga ALLAH memberitahuNya
dialah "orang yang tepat"
hadirlah kepadaku, aku menantimu
walau aku pernah terpaku pada wajah dan susuk tubuh itu..
dan keprihatinannya yg aku kagumi
namun..kenapa lambat benar rasanya aku menerima "lamaran" itu
aku akan terus menunggu...mana tahu satu hari nanti...wajah itu akan menemui ku
mungkin..
kalau x pun, maknanya ada kehidupan lain yg lebih baik buat diriku dan dirinya
mungkin kami berdua akan didatangi oleh "orang yang tepat" buat diri kami

teruslah berdoa, teruslah kuat, teruslah jaga diri sendiri
raihlah cinta ALLAH,
mungkin masa akan menentukannya
kita memang rimas dengan keadaan ini
kadang2  sedih bila orang sekeliling tidak faham
aku tahu mereka cuba untuk faham
namun mereka tak faham, sefaham empunya diri
aku rela bergini, sehinggalah akhirnya aku menemui "orang yang tepat"
dialah "orang yang tepat itu".. org yg aku redha agama dan akhlaknya..
sesungguhnya pemilik tulang rusuk tak kan pernah bertukar
bersabarlah..


Monday, February 4, 2013

zaman sekolahku, dan zaman mereka bersekolah..berbeza

dua pelajar perempuan di tempat saya mengajar telah dua kali ditangkap kerana kesalahan berdua-duaan dengan pelajar lelaki tingkatan 4 . Mereka seolah-olah tidak serik dengan tindakan yg diambil dan juga tidak malu pada diri sendiri, guru2, rakan2 mahupun ibubapa. Kaunseling telah diberikan kepada mereka..namun malangnya sekali lagi mereka ditangkap atas kesalahan yang sama. 

sebagai guru aku rasa terpanggil untuk meneliti dan mengkaji kes ini..aku baca surat pengakuan mereka..kedua2 pelajar perempuan ini mengaku ponteng kelas dan berborak2 hampir dua jam di kelas kosong di tingkat atas. Apa yg kamu buat ? jawapannya hanya bersembang kosong..hmmm, sanggup poteng kelas hampir tiga waktu kerana begiu teruja untuk bersembang kosong dengan senior...aku teliti lagi kes ini, jiwaku cuba memahami gelojak rasa para remaja,, tertarik dengan lawan sejenis dalam usia remaja..satu perkara biasa yang  siapapun pasti  akan melaluinya..aku tak nafikan,,, aku mengamati wajah mereka, minda rasionalku mengatakan yg mereka tetap bersalah dalam hal ini...kerana manusia dikurniakan nafsu, namun manusia juga dikurniakan akal fikiran untuk berfikir mana yang baik dan mana yang buruk, benteng itu ada pada diri dan iman seseorang..seharusnya mereka cuba untuk bermujahadah..melawan perasaan..bukan "memberi" dengan begitu mudah..pelajar  ini bukan pelajar lemah, mereka pelajar yang berpotensi untuk cemerlang..salah seorangnya pemain bola jaring...

aku baca lagi pengakuan mereka, mereka mengaku membenarkan "lelaki aka senior" itu menyentuh tubuh mereka..sayangnya. inilah yg dikatakan bila berdua-duaan pasti ada yg ketiga. Aku kesal kerana aku juga seorang perempuan..untung sungguh lelaki itu..sewenang2nya dia menyentuh sesuatu yg tidak berhak baginya,,apakandaya atas hasutan syaitan dan kebodohan pelajar perempuan ini. Pastinya syaitan sedang ketawa berdekah-dekah...

Kali kedua mereka ditangkap kerana ponteng kelas pukul 12, dan dimaklumkan sedang melakukan aksi "tarik-menarik" di tepi pagar sekolah, macam drama hindustan,,, kali ini kes ini dipanjangkan, aku hanya menjadi pemerhati dari jauh, melihat mereka disoal oleh tuan pengetua, dalam hati berasa sungguh kasihan dengan mereka, bukan kasihan kerana mereka dimarah, namun kasihan kerana kurasakan mata mereka menjadi buta dan tuli, tiada benteng yang kuat sehingga diri mereka dijajah ibarat air bah yg menyerang sawah padi...habis tenggelam ! ibubapa dipanggil atas kesalahan yg anak mereka lakukan..kasihan lagi kepada bapa mereka, wajah yg tua, bertambah kerut dengan masalah anak-anak..dimana silapnya, kesalahan mungkin tidak adil jika dijatuhkan seratus-peratus pada anak2 sahaja..tak kejam rasanya, aku mengatakan didikan dari rumah sedikit sebanyak menyumbang kepada apa yg terjadi pada hari ini...muhasabah diri sendiri...sungguh bnyaknya tanggungjawab sebagai hamba ALLAH, sebagai ayah, ibu, anak, guru, abang, kakak, kawan dan masyarakat ! betullah setengah orang ada mengatakan bahawa "mati itu adalah satu kerehatan "

hari demi hari..terus berjalan, semakin berjalan, semakin menghampiri tarikh kematian..hanya iman di dada, membantu diri kita melangkah penuh keyakinan dan ketenangan dalam keupayaan yg semakin berkurang. Apapun hukuman merotan perlu dilakukan..ini satu tindakan kilat untuk memberi kesakitan kepada mereka, biarkan mereka menangis..biarkan mereka takut untuk melakukannya lagi..lalu perlu disulamkan pula dengan nasihat, kaunseling dan doa agar hati mereka terbuka untuk berubah.

aku pernah ditanya oleh seorang ayah yang mana anaknya dtangkap kerana kes buli dan merokok :

ayah pelajar : cikgu, saya dah pukul anak saya, saya dah bagi nasihat, saya dah bagi kebebasan dan bukan menyekat hiburannya, saya rasa saya dah lakukan semuanya, tp dia tetap ulang juga kesalahan dia,apa langkah atau cara terbaik yg saya nak buat ? buntuuu

aku terdiam seketika...hmmm, lantas aku menjawab : kita dah usahakan semuanya, aku juga buntu sebenarnya..namun jawapan terbaik yg dapat aku berikan ialah... " pak cik doakan dia "

...................................................................................................................................................................

kembali kepada kes tadi :
aku terpanggil untuk mengetahui siapa pelajar senior yg terlibat dalam kes dua pelajar perempuan ini, lumrah dunia pelajar perempuan sukakan lelaki yg hebat, hensem  dan ada kelebihan yg banyak ..siapa lelaki ini yer? mai nak tengok skit..

dalam kereta : ( aku berdiskusi dengan cikgu zuleha )

aku : saper lelaki tue zuha ?
zuha : zaki, budak F4
aku : laaa..zaki yg kelas.... tue? (budak kelas belakang)
zuha : a'ah, ni mesti ayat dia power
aku : hmmm peliklah budak sekarang nie..masa saya sekolah dulu, saya suka org yg hebat
zuha : tue la..masa kita sekolah dulu kalau admire pun mesti admire senior2 yg hebat kat sekolah
aku : dulu masa saya form 4 saya ada minat kat senior saya nie... baik, BADRI sekolah, pengawas sekolah, yang paling saya kagum dia selalu bangun seawal 5 pagi dan baca al-quran di siaraya. jadi semua budak asrama akan bangun dan bersiap sedia untuk ke surau..setiap hari dia akan buat macam tue..wah hebat, dan baik akhlaknya ;)
zuha : yer..senior kita dulu sangat matured orangnya, walaupun umur diaorang tua setahun dari kita
aku : betul..rasa mcm diaorang tue dah besar dan mcm pelajar universty, tp sekarang dah x nampak karektor
macam tue dekat sekolah..susah nak cari pelajar yg hebat ( akan diusahakan juga..bukan tak der langsung, tp kurang )
zuha : senior sheeda tue ada kat mana sekarang ?
aku : ntahlah..saya minat dia dari jauh jer, dia x pernah tahu pun..dulu adalah cari friendster dia, masa tue dia tengah belajar medic, kat mana tak tahu..pastu ada juga friend dengan  fb kawan2 dia..tp dia x der fb ..
zuha : mesti dia dah berjaya skarang
aku : rasanya la..apepun masa zaman sekolah kita dulu, kita minat orang yg hebat akhlak dan agamanya, x salah rasanya, dan dia tak pernah tahu kita minat dia ( inilah namanya jihad melawan perasaan suka pada seseorang pada masa yg belum sesuai, bermujahadah !!)

...................................................................................................................................................................
buat aku terfikir,,tp kenapa pelajar aku yg dua orang nie..minat dan sanggup menyerah diri pada "lelaki " yang tak "hebat :----> pelajar lelaki yg suka ponteng kelas, ponteng solat, ayat sana-sini, pegang sana-sini dan malas belajar ?pelik... bila ditanya, mereka kata " suara dia best cikgu " =,=..hanya kerana suara ?

pelajar ini akhrnya digantung sekolah selama tiga hari, semoga mereka diberi pengajaran dan belajar dari kesilapan, semoga hati mereka diri petujuk..semoga mereka lebih menghargai diri sendiri.

Saturday, January 26, 2013

aku tidak mahu menjadi dedap di hutan

cinta tanpa noda,
tak mampu kudustai rasa ini,
cukuplah dengan pertautan hati,
belum masanya berhubung saban hari,
awasi hati dan anggota, takutkan Illahi,

Aduh !
beratnya menggalas perasaan cinta,
tatkala pacaran menjadi budaya,
mujurlah wahyu menunjuk cara.
janganlah diikut sebahagian besar manusia
(surah al-An'am 6:116)

Kuberazam pada diri,
kuingin mahligai kasihku berdiri,
tanpa kenangan cinta yang dicemari,
tanpa noda kemurkaan Ilahi

Kuingin hadiahkan cinta suci,
buat pasangan yang kunikahi,
dengan ALLAH sebagai juri,
bukan nilaian nafsu sendiri

-----------------------> ( ^_^ ) <------------------------------ p="">sukar mengenal sama ada hati dalam keadaan fitrah atau fitnah,
tipu daya syaitan sangat handal,
syaitan suka hiaskan imaginasi,
apabila kita banyak ingatkan ALLAH
itulah cara kita mengurus hati
dengan hadirnya rasa istighfar,
rasa terbuai-buai yang hadir sekelip mata,
akan hilang sekelip mata juga,
hakikatnya perjalanan sekuntum mawar agama,
bukan mudah menemui suami soleh idaman semua wanita di dunia,
tenanglah kerana hidup ini sekejap cuma,
moga kita semua mudah ke syurga,
bidadari dan pemuda kacak (wildan) menanti di sana,
dirimu tetap teristimewa,
berjuanglah dan bersabarlah wahai wanita ;)

Sunday, January 20, 2013

Hidup Ini Umpama Dua Permukaan Duit Syiling

Hidup ini umpama dua permukaan duit syiling yg mana satunya berupa dugaan manakala yang lainnya berupa nikmat dan apabila duit syiling dilambung ke udara,lalu jatuh anda tidak tahu sama ada anda akan mendapat muka atau ekor. Ada ketikanya anda mendapat masalah yang tidak menyenangkan tapi pada waktu yg lain anda mendapat pula perkara positif yg menyenangkan. Anda tidak pernah tahu apa yg bakal terjadi di masa hadapan. Dan anda tidak perlu tahu tentang halitu.Anda mesti tahu apa yg perlu anda lakukan di saat dugaan menimpa atau disaat menerima nikmat.Kita selalu berada dalam salah satu dari dua bentuk persoalan ini, sama ada susah atau senang,sedih atau bahagia.Inilah yg  terjadi dalam hidup kta.Hidup ini umpama lembah dan bukit yg terhampar di hadapan kita,jalan yang naik dan turun.Hidup tidak pernah terlalu sempurna sehingga kita selalu berada di atas, tidak pernah terlalu sempurna sehingga menawarkan jalan yang rata tanpa lubang sama sekali.Namun hidup juga tidak pernah terlalu buruk sehingga meneggelamkan seseorang terus menerus di dasar jurang kehidupan.

Kalaupun ada orang yang hidupnya terus melonjak naik dan tidak pernah jatuh, itu tidak bererti dia tidak diuji sama sekali.Boleh jadi keuntungan dan keseronokan itulah yg menjadi ujian dalam hidupnya.Mungkin kejayaan itu melalaikan dan menghancurkan dirinya di saat-saat akhir. siapa tahu kan? Orang yang naik terlalu tinggi juga boleh jatuh terhempas dan lebih terasa sakitnya,jika dibandingkan dengan org lain.Kalaupun dia tidak jatuh pada masa hidupnya didunia , namun dia boleh jatuh dan turt hancur di alam kematiannya, kecuali ujian kesenangan itu tidak menjauhkannya dari nilai-nilai hidup yang hakiki. Begitu juga sebaliknya,jika ada org yg hidup menderita di dunia,mungkin diakhir hidupnya akan mendapat kebahagiaan, atau dia mendapat ganti yg lebih baik pada kehidupannya sesudah mati. Orang2 yg beriman memang mengaitkan kehidupannya di dunia dengan kehidupan di alam kubur kelak.Ini merupakan kemestian yg memungkinkan keadilan menjadi sempurna dan perbuatan manusia memiliki erti dan bermakna.

JANGAN KHUATIR

kita tidak perlu risau dengan ujian dan persoalan yang kadangkala datang dalam hidup kerana itu semua lumrah kehidupan dan tidak perlu dikhuatirkan.Mungkin wajar jika perasaan khuatir hadir ketika  kita mengetahui sesuatu yg buruk akan terjadi, tetapi janganlah  terlalu rungsing sehingga mengganggu kehidupan seharian kita .

sungguh aneh jika seseorang merasa takut untuk menghadapi maut,hanya kerana doktor telah mengesahkan dia terkena penyakit jantung atau barah yg boleh membawa kepada kematian. Siapakah yg boleh memastikan org yg sihat akan berumur panjang lebih daripada org yg terkena  penyakit jantung atau penyakit serius yang lain??? Jadi, tidak perlu terlalu khuatir  terhadap apa yg mungkin terjadi dan jalanilah hidup ini seperti biasa, tetapi tetap berwaspada  terhadap apa yg mungkin  kita hadapi. (apalahdayaku ! hnya perlu terus berdoa )

Begitu juga ketia ujian tiba-tiba menimpa kita ,jangan lalai dan lupa diri apabila mendapat kesenangan dan jangan berputus asa jika ditimpa dugaan. Bila sesuatu dugaan melanda, seberat manapun dugaan itu,janganlah mengeluh atau menyalahkan sesiapa ,malah kita perlu belajar  menerimanya dengan hati yang terbuka dan belajar menerimanya dengan penuh kesabaran dan keredhaan.Jangan kita menyalahkan ALLAH SWT yg telah menetapkan ujian itu, dan jangan pula kita menyangka yg tidak baik terhadapNya kerana ALLAH lebih mengetahui  rahsia disebalik  dugaan tersebut  sementara kita tidak mengetahuinya.

Kita sering mengeluh dan marah di atas kejadian yg menyakitkan yg menimpa diri kita.Bertapa kita enggan menerima dugaan yg datang, sementara nikmat yg ada jauh lebih banyak. Secara sedar atau tidak, kita sering berprasangka buruk padaNya kerana kesukaran yg kita deritai. Apakah ini semua memberi kebaikan kepada kita dan membuat keadaan kita lebih baik ?? 
Kita akan mendalami persoalan ini dengan lebih jauh....

Tuesday, January 15, 2013

FAKRUL AMER

cepat sihat fakrul amer
cikgu tahu kamu kuat
cikgu sayangkan kamu
sedihnya hati cikgu..dapat berita tentang kemalangan kamu
cikgu tahu tentang kemalangan tue
bila cikgu baca status budak sekolah kita
tentang pelajar ting 3 yang kemalangan semasa on the way nak ke tuisyen
cikgu baca lagi..ada org komen, saper pelajar tue?
lepas tue,,tuan punya status jawab "amer"
cikgu cuba ingat yang mana satu "amer"..tp x ingat
cikgu ingatkan student kelas-kelas belakang
yg cikgu x mengajar dan x berapa kenal
tp cikgu juga ingatkan kemalangan biasa ajer
tp cikgu sangat terkejut bila cikgu dapat tahu.."amer" yang dimaksudkan ialah kamu
"fakrul amer " anak murid cikgu yang baik
malam nie..cikgu akan solat hajat untuk kamu
bertabahlah fakrul, sedihnya hati cikgu bila dapat tahu kaki kamu patah
kepala kamu cedera, dan masih tak sedarkan diri
insyaALLAH, kamu akan pulih seperti sedia kala..insyaALLAH..cikgu yakin
malam nie cikgu ingat nak buat bnyak kerja, tapi bila dapat tahu berita nie.. satu kerja pun cikgu tak buat
cikgu tak boleh fokus...ingat lagi kamu dengan khusni selalu datang jumpa cikgu n cikgu siti rahmah di bilik guru, cikgu ingat lagi bila cikgu marah kamu masa kamu main lastik getah dalam kelas..sedangkan kamu ketua kelas ! cikgu ingat lagi bila time exam..cikgu selalu panggil nama kamu untuk kutip kertas, pastu cikgu suruh kamu kira...fakrul...bangunlah, jngan menyerah, cepat sedar yer..cikgu nak tengok senyuman kamu lagi
, ALLAH akan bantu hambanya yg baik..kamu budak baik..cikgu akan terus berdoa untuk kesembuhan kamu..kuatlah wahai fakrul..
cikgu tahu kamu anak bongsu, mak ayah, abang dan kakak kamu juga tentu sangat sedih, esok insyaALLAH. cikgu harap cikgu dapat call mak kamu..kamu kuat fakrul, bngunlah ! bangunlah! bangulah !

" Ya ALLAH, engkaulah yang masa berkuasa, kami hambamu yang sangat hina dan lemah,bantulah kami untuk menyedari setiap yg berlaku ini adalah kehendakmu, bantulah kami untuk redha ya ALLAH..ya ALLAH, aku tahu engkau sangat mengasihi hambamu, ampunilah kami ya ALLAH, selamatkanlah fakrul amer ya ALLAH, peliharalah dia ya ALLAH, sembuhkanlah dia ya ALLAH..panjangkanlah usianya ya ALLAH, tiada apa pun yang dapat membantu kami, melainkan maha suci engkau, tuhan yg maha Agung..dengarkanlah doaku ini ya ALLAH, sesungguhnya murid nie..terlalu muda untuk menghadapi ujianmu ya ALLAH, kuatkanlah dirinya untuk menghadapi ujian ini, kuatkanlah juga hati ahli keluarganya atas musibah yang berlaku.Sesungguhnya hanya padaMu ya ALLAH tempat kami memohon pertolongan, sembuhkanlah Fakrul Amer ya ALLAH "

Friday, January 11, 2013

alkisah seorang guru, murid dan magnet merah yang comel..

ketika saya mengajar dalam kelas tingkatan satu, seorang murid lelaki asyik bermain dengan magnet. Saya menegurnya dan meminta dia menyimpan magnet tersebut. Dia mematuhinya. Tetapi tidak lama kemudian , saya dapati dia leka lagi dengan permainan itu. Saya naik marah dan merampas magnet tersebut daripadanya. Dia terkebil-kebil dan kelihatan sedih dengan tindakan saya itu.

saya tidak memulangkan magnet tersebut apabila saya meninggalkan kelasnya. Saya nampak air mukanya yang sedih,tetapi saya mesti bertegas supaya dia tidak mengulangi perbuatan bermain-main  semasa saya mengajar. Murid itu pula tidak berani  untuk meminta semula magnet merahnya daripada saya.

saya ke bilik guru, tetapi wajah sedih murid itu masih terbayang-bayang di kotak fikiran saya. Saya cuba membayangkan perasaannya. Saya memandang sepasang magnet comel yang saya rampas daripadanya. Saya teringat, semasa kanak-kanak dahulu, saya cukup sukakan benda-benda comel begitu ( sekarang pun masih begitu !). Kalau magnet ini milik saya, tentu saya sangat sayangkannya.

saya cuba berfikiran positif. Saya tahu murid itu bukanlah seorang murid yang sangat degil atau nakal. Tetapi mungkin sebagai seorang kanak-kanak dia belum dapat mengawal keinginannya untuk bermain, walaupun ketika itu dia sepatutnya menumpukan perhatian kepada benda lain.Saya terfikir yang kadang-kadang saya juga berperasaan begitu walaupun setelah dewasa kini. Kadang-kadang ada perkara yang kita rasa tidak sabar-sabar hendak melakukannya. Cuma bezanya, sebagai seorang dewasa, kita sudah mampu mengawal perasaan  dan tindak-tanduk kita.

Akhirnya saya dapat memikirkan satu keputusan yang mencipta situasi menang-menang. Saya memanggil murid itu untuk berjumpa saya  secara individu. Apabila dia datang saya bertanya kepadanya,

'kamu sayangkan magnet kamu ni ? "

Dia mengangguk.

" kalau cikgu ambil terus magnet ni, kamu sedih ya ? "

Dia mengangguk lagi.

"Baiklah, cikgu faham perasaan kamu. Sebenarnya cikgu tak mahu pulangkan magnet ini kepada kamu, sebab cikgu sangat marah dengan perbuatan kamu bermain-main semasa cikgu mengajar. Tapi sebab cikgu memahami perasaan kamu yang sayangkan magnet ni, dan cikgu tak mahu kamu rasa sedih, cikgu akan pulangkan kepada kamu. Kamu rasa gembira tak ? "

Dia tersenyum dan mengangguk-angguk. Wajahnya ceria, lalu saya meneruskan.

"Tapi, cikgu nak kamu faham satu perkara. Dalam hidup ni, kita mesti memikirkan perasaan orang lain. Kamu rasa gembirakan, apabila cikgu fikirkan perasaan kamu ? Jadi, kamu pun mesti fikir perasaan cikgu. Cikgu rasa marah dan kecewa  apabila kamu bermain-main semasa cikgu mengajar dan cikgu akan gembira kalau kamu tumpukan perhatian. Cikgu dah gembirakan kamu, boleh tak kamu gembirakan cikgu pula? "

Dia mengangguk lagi dengan senyuman. Sejak hari itu, saya dapati dia tidak lagi mengulangi perbuatan tidak baiknya itu. Saya rasa gembira  kerana dapat menyedarkannya  tanpa perlu membuatkannya marah dan sedih dengan tindakan saya .

p/s : " sesungguhnya ALLAH itu bertimbang rasa dan Dia suka timbang rasa dalam semua perkara. Sesungguhnya timbang rasa itu tidak berlaku pada sesuatu perkara, melainkan ia memperindahnya dan tidak dicabut dari sesuatu, melainkan memburukkannya"