Monday, February 16, 2009

Anda belum matang sekiranya...



Menghabiskan nilai kad telefon pra-bayar untuk berbual dengan kekasih, sedangkan wang membelinya daripada kiriman ibu bapa anda...


Rela menunggu berjam-jam, dalam hujan pula, untuk melihat gadis yang anda cintai melintas jalan, sedangkan anda solat secara ekspres ( kurang 2 minit, untuk empat rakaat) atau tidak solat langsung.


Memarahi bahkan sanggup menampar adik anda yang tersalah cakap, sebaliknya mampu tersenyum sekalipun dimaki hamun atau dihina oleh wanita yang anda minati.


Sanggup membaca novel cinta, yang beratus-ratus muka surat dalam tempoh sehari, padahal tidak pernah membaca al-quran walaupun satu muka surat sebulan.


Asyik terkenang wajah kekasih yang baru seminit berpisah dengannya tetapi tidak terkenang pun wajah ibu yg telah berbulan-bulan tidak anda temui.


Susah hati jika tidak menerima surat, email atau sms daripada orang yg anda cintai, sebaliknya anda tahu bahawa anda sendiri sudah lama tidak mengirim berita, menelefon atau mengirim sms kepada bapa anda di kampung.


Memakai pakaian yang sehabis cantik untuk dating dengan kekasih, sebaliknya hanya memakai singlet atau tidak berbaju langsung ketika solat.


Lebih banyak mengucapkan kalimah "i love u" berbanding kalimah zikir seperti, subhanallah, alhamdulillah dan Allah hu Akbar... Renungkan ;)

No comments: