Monday, February 15, 2010

" Guru perlu banyak sabar "



Salam kawan2..sejak dulu lagi memang ramai yg memperkatakan ungkapan ini.."guru perlu banyak sabar".ya aku akui kebenaran ungkapan ini, kerana tanpa kesabaran, pelbagai impak negatif bukan sahaja akan menimpa pelajar, namun guru juga akan menerima akibat yg buruk. Berbicara mengenai kesabaran..mudah untuk dituturkan..tapi apabila kita berhadapan dengan situasi yang genting dan dikuasai amarah..kesabaran mungkin akan lenyap sedikit demi sedikit.Ini kelemahanku..hamba ALLAH yang lemah..di sekolah aku berhadapan dengan pelajar-pelajar kelas belakang yang bukan sahaja kurang dari segi akademik, namun tanggungjawabku juga terasa berat kerana ada di kalangan pelajar ini yang bersikap kurang ajar, melawan guru, malas dan suka menipu. Sebagai seorang guru..kadang2 aku kehilangan idea..bagaimanakah cara yg paling sesuai untuk mendidik, mendekati dan menghukum mereka...dengan harapan satu hari apabila masuk ke dalam kelas mereka akan berubah. Bagiku guru perlu ada aura yang tersendiri untu menarik perhatian pelajar..yg aku praktikkan selama ini adalah " mesra namun tegas". Namun tidak aku nafikan , masih ada lagi pelajar yang tidak berjaya aku dekati, pernah sekali air mata ini menitis tatkala keluar dari kelas 3pe4.Detik itu, yang aku rasa adalah malu dengan diri sendiri..malu kerana gagal mengawal pelajar dan gagal mengawal perasaan sendiri sebagai seorang guru. Namun peristiwa tersebut, tidak kubenarkan melemahkan semangatku sebagai seorang guru..guru perlu kuat..kalau guru lemah..apa akan jadi para pelajar..aku percaya pada pepatah melayu yang mengatakan " sekeras-keras kerak nasi jika direndam dengan air akan lembut juga" Senyuman pengetua tatkala aku melangkah masuk ke biliknya..menyedarkan aku bahawa tiada apa yang perlu dibimbangkan.Pengetua memanggilku untuk bertanyakan perkembanganku selama 4 bulan berada di sekolah ini. Aku diminta menghuraikan apa yg telah aku lalui di sekolah ini, sama ada perkara positif mahupun negatif. Erm..aku mengambil peluang untuk menceritakan serba sedikit yang telah aku alami yang merangkumi kerja-kerja khas seorang guru dan juga pengalaman ku menguruskan pelajar.Peluang yang ada juga aku ambil untuk menceritakan masalahku di kelas 3PE4..,dengan tersenyum,, pengetua berkata : " o.k sy faham,, tapi bila kamu rasa tercabar dengan sikap pelajar, kamu ingat satu jer..aku nie sedang bekerja..kalau tak der budak2 nie..tak der lah aku kerja "..fikirkan...pelajar2 inilah yg membuatkan kita ada kerja.ada gaji dan seterusnya gaji yg didapati hasil daripada mengajar dan mendidik pelajar inilah..kita dapat menyara keluarga...ermmmm..such a good advise..terima kasih pengetua..straight from my heart..

No comments: