Friday, April 2, 2010

Diri di Langkawi, Jiwa di Taiping ~


19 mac 2010 yg lalu aku telah mengikuti lawatan ke pulau langkawi bersama teman2 seperjuanganku yang pernah sama-sama belajar di upsi. Aku seorang manusia yg boleh dikatakan suka mengikut kata hati..keputusan untuk mengikut mereka ke langkawi aku buat saat-saat akhir iaitu dua hari sebelum kami bertolak...perasaanku? gembira..ya mungkin juga..tapi tidaklah terlalu excited..mungkin ini sudah menjadi sikap semulajadiku yang tidak menunjukkan rasa keghairahan atau pun" excited" dalam apa jua keadaan ;) haha..mungkin kerana sikap inilah dari sekolah lagi mereka sering mengelarkanku "poyo" dan " sheeda x dak perasaan" bunyi macam kasar, tapi aku telah biasa dengan jolokan gelaran tersebut,dan tidak ambil hati dengan gelaran tersebut~(0_o)

18 mac petang, abah yg ku sayang jatuh sakit akibat tekanan darah tinggi yang dialami..bacaan darah tinggi meningkat hingga 190,,secara jujurnya aku memang seorang insan yg murah dengan air mata lebih2 yg berkaitan dengan ahli keluargaku, terutamanya kedua2 ibubapaku.Hati mula berbelah bahagi untuk pergi ke langkawi atau tidak, sedangkan tiket sudah di beli, kalau ikutkan hati aku memang ingin batalkan trip tersebut..beg baju pun belum dikemaskan lagi..apa guna berada di langkawi jika hatiku sebenarnya berada di taiping~ Hati mana yang tahan sekiranya melihat seorang ayah yg selalu ceria, selalu memberi nasihat, tidak pernah merasa penat untuk menjadi " driver' ku kemana sahaja aku ingin pergi..kini lemah dan tidak berdaya~ oh tuhan sesungguhnya aku tidak kuat menghadapi ujian ini, setiap kali bersembang dengan abah ketika abah masih sakit..kadang2 jiwaku dilanda sebak..air mata mengalir tanpa dipinta..saat itu aku akan terus berpura2 mencari idea untuk masuk ke bilik tidur agar air mataku tidak tumpah dihadapan abah~

19 mac pagi aku ingin berangkat ke langkawi~ pemergianku ke langkawi kerana mak dan abah meminta aku tidak membatalkan trip tersebut~ mak kata jangan risau, x dak ape2, doa jer smoga abah cepat sembuh. Aku bertanya pula pada abah " boleh ke angah pergi? " abah kata pergilah..x per..aku salam tangan abah, air mataku gugur lagi~

Selalu jika ingin kemana2 abah lah yg akan menghantarku ke bus station..tapi hari tersebut emak yg menghantarku.


Sepanjang perjalanan di langkawi aku cuba melupakan masalah tersebut tatkala berbual2 dengan rakan2 ku..namun jauh di sudut hati..fikiranku tidak terlepas dari mengingati abah~ Sambil memandang permandangan diluar...pelbagai kenangan dan kemungkinan aku bayangkan ~doa juga aku iringkan..hanya satu pintaku " sembuhkanlah abah dan kembalikanlah keluarga kami seperti dahulu~


Di Langkawi aku tidak juga membiarkan masaku terbiar dengan kemurungan, seboleh mungkin aku cuba mengawal perasaan, aku mengambil peluang untuk melawat langkawi sepenuhnya bersama2 teman2ku~alhamdulillah perasaan dapat dikawal dengan sebaik mungkin dan aku yakin semua ini adalah pertolongan daripada ALLAH, thanks ALLAH~


Terima kasih juga kepada kawan2 ;)

No comments: