Saturday, September 4, 2010

,,jangan la kamu menjadi manusia yg tidak tahu berterima kasih..


Assalammualaikum Wbt..alhamdulillah kita sudah berada pada ramadhan ke 25 ;) semoga ramadhan yg kita lalui pada tahun ini adalah lebih baik dari tahun sebelumnya..renungkan..fikir2kan..mungkinkah kita akan sampai kepada ramadhan tahun 2011?? hanya ALLAH yang mengetahui..


merenung sejenak topik yg ingin kubicarakan pada malam ini...."janganlah kamu menjadi manusia yg tidak tahu berterima kasih" tanya kembali kepada diri kita..sudahkah kita berterima kasih pada maha pencipta kita..dan sudahkah kita berterima kasih pada insan yang banyak berjasa kepada kita???? terlalu susahkah untuk mengungkapkan "terima kasih" atau sebaris perkataan "thank you"..ermm x susah bukan..tapi ramai yg tidak mampu mengungkapkannya..kerana apa..kerana kita ego, kerana kita segan , kerana kita malu dan mungkin juga kerana kita langsung tak menghargai setiap pemberian dan jasa yang diberikan kepada kia..jadi kita terfikir..untuk apa berterima kasih??? subhanallah...jauhkan aku dari tergolong dalam golongan insan seperti ini...


Melahirkan rasa terima kasih tidak semestinya dengan ucapan, anda juga boleh melahirkan ucapan terima kasih dengan menunjukkan perbuatan dan tingkah laku yang menyenangkan dihadapan orang yang banyak berjasa kepada anda. Senyumlah, ucapkan kata2 yang baik, berikan bantuan dan hormatilah dia jika dia lebih tua daripada anda..atau sayangilah dia jika dia lebih muda daripada anda...dan yang utama ucapkanlah ALHAMDULILLAH tanda terima kasih kita kepada ALLAH atas rahmat dan nikmat yang tidak terhingga~


Cuba renungkan..pernah tak anda melalui situasi ini suatu ketika dahulu?...


Apabila hari raya aidilfitri hampir tiba..anda pasti meminta kepada ibubapa,kakak atau abang anda untuk membelikan baju raya kepada anda..tindakan anda persis seperti anak2 kecil..walaupun ketika itu umur anda sudah menjangkau 10 tahun..anda hanya tahu meminta dan memberontak..inginkan itu dan ini..anda tidak pernah memikirkan bagaimana keadaan kewangan ibubapa anda..yang anda tahu anda mesti dapat baju raya, kasut raya dan duit raya..pernah juga ibu dan bapa anda membelikan anda sepasang baju raya yg sesuai dengan sumber kewangan mereka pada ketika itu..apabila diberikan kepada anda..anda mencebik dan mengatakan "tak lawa langsung" dengan muncung sedepa anda ambil juga baju tersebut tanpa mengucapkan terima kasih..lalu anda masuk ke bilik sambil menghempaskan pintu tanda protes...ermmm renungkan..pernahkah anda bertindak seperti ini??


Renungkan situasi yang kedua..ibu dan bapa , kakak atau abang anda mempunyai sumber kewangan yang kukuh.. mereka sedaya upaya memberi apa yang anda pinta..kesimpulannya anda mudah untuk mendapatkan sesuatu. Malangnya apabila anda mudah mendapat sesuatu..anda akan kurang menghargai apa yang anda perolehi ..apatah lagi menghargai orang yang memberi....Anda silap jika anda fikir, "tak perlu ucapan terima kasih kerana setakat RM 100/200 tue bukan apa sangat pun bagi orang yang punya sumber kewangan yang kukuh"

subhanallah..sedarlah..setiap manusia punya perasaan..selalunya mereka memberi dengan ikhlas..seikhlas mungkin..namun sebagai insan yang menerima..hargailah pemberian tersebut. Cukuplah dengan ucapan terima kasih, senyuman atau tunjukkan sikap yang baik..tanda kita menghargai..


pepatah melayu ada mengatakan orang berbudi kita berbahas~ ;)


Ucapkanlah terima kasih kepada sesiapa sahaja yang membantu anda walaupun dia hanya:


1) pelayan restoran yang menghantar air minuman kepada anda

2) tukang sapu yang menyapu sampah di tepi meja anda

3) Abang/pak cik2 yang tolong mengangkat beg anda apabila anda keluar dari feri

4) penghantar sms yang membuatkan anda tersenyum

5) lain2


................ucapan terima kasih yang disertakan bersama senyuman yang ikhlas akan membuatkan hati yang panas menjadi sejuk, jiwa yang kacau, menjadi tenang... so jngan lupa berterima kasih yer ;)

No comments: