Monday, December 20, 2010

ada HATI yang lebih KERAS dari batu ;(


kawan2..hati adalah organ yg paling penting,

sebab tue la..ada hadis yg mengatakan, kalau hati kita baik,

baik lah seluruh anggota badan, dan baiklah manusia tersebut ^^

tp kalaw hati kita jahat, jahatlah manusia tersebut..sungguh bertapa pentingnya

peranan sekeping hati ;)


jom kita renung diri sendiri,

berapa orang yang berani mengatakan dirinya baik ???

sila angkat tangan..angkat tinggi2..

bagus kepada yg angkat tangan..kerana anda seorang yg yakin;)

bagus juga bg yg x angkat tangan..kerana anda seorang yg masih memuhasabah diri...


kawan saya pernah cakap :" org yg baik, selalunya x kan bgtaw/tunjuk pada semua orang yg dia baik "..ermmm, mungkin, terpulang pada taksiran..setiap orang mesti ada kriteria2 tertentu..orang yg jenis macamana yg korang anggap baik ^^


kembali balik kepada soal hati...knapa sesetengah org hatinya keras??? keras sangat..mungkin lebih keras dari batu....ahhh sedihnya ;(


kawan2..nasihat untuk kawan2 dan diri saya sendiri..hati itu fitrahnya lembut, erm terutamanya perempuan..lelaki saya x berani nak cakap, tp setahu saya semua hati manusia tue..sebenarnya lembut dan baik..cuma2 kadang2..ntah silap aper..dia boleh menjadi keras ^^


hati kita,kita yg control...

jangan lah biar ianya keras..

kalau hati kita tandus dengan ilmu..pergilah kemajlis ilmu,

kalau hati kita kering, suram dan hampir mati..hidupkanlah kembali dengan surah2 pilihan

kalau hati kita penuh dengan riak dan kesombongan..ingatlah semula bahawa..semua itu pinjaman semata2

kalau hati kita dipenuhi dengan kesedihan..kembalilah kepada ALLAH..fikirkan org yg lebih bernasib malang..apalah sangat dugaan kita yg kecil ini??

kalau hati kita keras,,rasa seronok atas kesedihan orang lain..renungkanlah kembali...apa guna dikurniakan hati jika tujuannya untuk mencipta duka keatas orang lain ^^


hati oh hati..tolonglah jangan keras..kembali kepada fitrah manusia..mengalah, tidak beerti kalah..^^


selamat malam..bersihkan hati sebelum tidur..moga diberi kekuatan dan diampunkan dosa..


esok ada friendly match netball di rakan muda..semoga berjalan lancar ;)


by : sheedabdulrahim

tarikh : 20 dec 2010

place : bilik tidur

jam : 11.59 pm

No comments: