Friday, December 24, 2010


Allah membenci hamba-hambaNya yang sombong sebagaimana firmanNya


dalam Surah Al-Nahl Ayat 23 :” Sebenarnya, bahawa Allah mengetahui akan apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka zahirkan; sesungguhnya Dia tidaksuka kepada orang-orang yang sombong takbur. “

Dalam surat Luqman 18, Allah juga berfirman :” Dan janganlah engkau memalingkan mukamu ( kerana memandangrendah ) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumidengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepadatiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. “


Rasulullah SAW pun bersabda :” Tidak akan masuk syurga orang yang di hatinya terdapat sebesa ratom dari sifat sombong. “


Al-Imam Abdullah bin Alwi Al-Haddad mengatakan bahawa sifatsombong itu senantiasa terpendam di dalam hati, tetapi ia memiliki tanda-tanda yang dapat dikenali oleh orang, di antara tanda- tandanya iaitu :


1. Merasa bangga melihat dirinya maju ( berjaya ) lebih dari oranglain.

2. Suka menonjolkan diri terhadap orang lain.

3. Bila menghadiri majlis, minta dikedepankan.

4. Jika berjalan, bersikap angkuh.

5. Membantah bila ditegur orang lain, meskipun ia salah.

6. Tidak mengindahkan nasihat.

7. Suka menindas orang yang miskin dan lemah.

8. Selalu menganggap dirinya benar dan tidak pernah salah.

9. Suka memuji-muji diri sendiri.


Ikhwani, seandainya kita menjadi orang yang paling bertakwa kepadaALLAH serta memiliki ilmu yang luas dan amat banyak amalibadahnya, kemudian kita menyombongkan diri terhadap orang laindan membanggakan diri atas kelebihan-kelebihan yang kita miliki,nescaya ALLAH akan menghapus ketakwaan kita dan membatalkanibadah yang telah kita lakukan.
Apalagi kalau yang sombong itu orang yang jahil ( bodoh ). Lebih- lebih orang yang menyombongkan diri dengan ketakwaan dankesholehan datuk-datuknya, sedangkan dia sendiri tidak beramal,maka itu adalah kebodohan yang luar biasa.
Kawan, seluruh kebaikan berada dalam sifat rendah diri, khusyu’,dan tunduk kepada Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda :” Barangsiapa yang merendahkan diri, nescaya Allah akanmengangkatnya, dan barangsiapa yang menyombongkan diri, nescayaAllah akan merendahkannya. “
Suka berdiam diri dan bersembunyi, serta tidak suka kemasyhuran /” popular “, adalah sifat orang-orang mukmin yang sholeh.
Wallahu’alam bisshawab.

p/s : x suka orang sombong ^^

No comments: