
assalammualaikum..entri kali nie berkisar tntang pemergian seorang sahabat pada 14/10/2011..arwah abdul halim b md nadzalan telah kembali ke rahmatullah ~ semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama org2 yg beriman.
secara jujurnya aku tidak begitu rapat dengan arwah..mula mengenali arwah semasa sama2 menuntut di KMPK, dan bertemu semula di UPSI dalam jurusan yang sama ( biologi)..dalam tempoh lima tahun mengenali..kami tidak pernah bertegur sapa..tapi ini bukan bermakna kami saling tidak mengenali. ak yakin arwah mengenali ak ..kerana kami satu kuliah dalam beberapa kelas tertentu..arwah juga yg add ak dalam frienster dan facebook...ada juga comment2 yang di post oleh arwah pada beberapa status yg ak postkan di facebook...hal ini menambahkan keyakinanku..bahawa arwah menyedari kewujudanku di kampus..tapi kami tidak berpeluang bekerjasama atau mengenali dengan lebih rapat ~
dari mata kasar ak melihat arwah..seorang yg pandai menjaga diri,kemas, rajin, tabah, komited , sukar didekati ( oleh perempuan )..bercita2 tinggi dan bijak. pertama kali melihat arwah semasa di KMPK (2004)..masa tue dalam kelas tambahan matematik,kalau x silap kelas cikgu zuhaidi..arwah duduk di barisan tepi di belakang sekali..dan ak duduk di barisan tengah..juga di belakang sekali...aku melihat arwah sedang kusyuk membuat kira2 bersama kalkulatornya..terdetik di hati..mesti budak pandai nie ~ kali kedua berjumpa arwah apabila kami terserempak di taiping...ketika itu arwah bersama ayahnya...pada ketika itu, ak dapat tahu yg arwah adalah org taiping...dan seterusnya..berjumpa semula di UPSI .
semasa di UPSI..kami dalam jurusan yang sama, tapi hanya beberapa kelas sahaja..kami sekelas..sy selalu melihat arwah di bilik 24 jam ( bersebelahan pusat sumber)...selalu terserempak arwah di sana..sedang buat assingment bersama kawan2nya..melihat arwah berbasikal..melihat arwah present dalam kelas dr syakirah ( kelas animal biodiversity..kalau x silap)..terbayang gelagat arwah semasa menjadi AJK pengangkutan untuk field trip ke Kuala Selangor Nature Park dan sebagainya..( x banyak sebenarnya kenanganku bersama arwah..hnya sekadar teman seperjuangan yang sama2 menuntut ilmu di tempat yg sama )
..tp ada bnyak kebetulan antara aku dan ahli keluarga arwah...
dengan izin ALLAH, ak dipostingkan ke SMK Dato Kamaruddin, batu kurau...bila mendapat surat posting, ak terdiam..x pernah terfikir pun untuk dipostingkan disini..tp ak yakin pasti ada hikmahnya. Pada tahun 2010..ak berpeluang mengenali keluarga arwah dengan lebih dekat...apabila berpeluang mengajar adik kembar arwah...(hartini dan haslinda), melihat adik kembar beliau yang sopan, lemah-lembut, baik dan kemas...ak yakin bahawa arwah dan keluarganya dididik dengan baik oleh ayah dan ibu mereka...ak kagum melihat keluarga ini. sebuah keluarga yang teratur..teringat lagi semasa hari guru tahun 2010..aku telah menerima hadiah hari guru dari salah seorang adik kembar arwah...entah kenapa aku semakin mengkagumi keluarga ini
pada 1 julai 2010..aku mendapat msg dari seorang sahabat yg memberitahu tentang arwah kemalangan dan sedang menjalankan pembedahan di kepala...x dinafikan entah kenapa aku berasa amat sedey...bacaan yasin dan doa aku pohon agar arwah kembali sihat seperti biasa..x lupa juga kepada adik kembar arwah. sebgai guru..aku rasa terpanggil untuk memberikan kata2 semnagat kepada mereka untuk bersabar dan terus berdoa~ kemalangan arwah halim juga mempertemukan aku dengan dengan abang arwah...ini satu kebetulan atas kehendak dan izin ALLAH ~
pada 1 ramadhan 2010 aku melawat arwah di hospital taiping..melihat keadaan arwah memmang sebak dan pilu...tp redha...dihospital pula aku berpeluang mengenali ibu arwah dalam hati aku berkata ( inilah dia insan yg berjaya mendidik anak2nya dengan baik )...kagum..
kali kedua melawat arwah dihospital pada 18 ramadhan 2011...pada masa tue keadaan arwah nampak agak stabil tapi masih koma ~
dan sehinggalah pada 14/10/2011..aku mendapatmsg dari adik kembar arwah yg arwah baru sahaja meninggal dunia..tangan aku sedikit menggeletar untuk membalas msg tersebut..terkejut dan sedey ~ tp redha..inilah yg terbaik untuk arwah setelah setahun 3 bulan menderita sakit
bagaikan mimpi juga...aku menziarahi rumah arwah di kg banggol sebelah..pada hari arwah dimandikan. dikafankan dan disembahyangkan..sebelum dimandikan,aku berpeluang melihat wajah arwah...semasa melihat wajah arwah arwah nampak tenang..( majlis pengurusan jenazah berjalan dengan lancar ) semua ahli keluarga dan org2 yg datang juga nampak tabah dan sabar..walaupun ada linangan air mata ~ sekali lg aku mengkagumi keluarga ini
semua yg berlaku adalah kehandakNYA..tak pernah terlintas ini semua akan berlaku...iyer..ianya satu kebetulan dan akan menjadi kenangan buat selama-lamanya. ALFATIHAH untuk arwah abdul halim~
No comments:
Post a Comment