Wednesday, December 12, 2012

berkawan biar beribu..TAPI...



gambar hiasan

Tahukah anda semua bahawa Nabi SAW apabila hendak bersumpah, kadang-kalanya baginda akan bersumpah dengan menyebut: “Demi Tuhan yang membolak-balikkan hati.” Kata para ulama: Hati itu lebih cepat berbolak-balik berbanding air yang mendidih di dalam cerek."

hati yang berbolak-balik ?
apa maksudnya?..sukar juga untuk difahami..namun bg diriku sendiri,fenomena ini kerap terjadi pada diriku..yer..hati yg sering berbolak-balik..atau maksud lain bercampur baur..atau boleh jugak dikatakan tidak tetap pendirian...susah jugak org yg x tetap pendirian nie..ingat lagi masa zaman sekolah dulu...bila nak buat keputusan jer..mesti ragu2..nak ke x nak? pastu tnya pendapat kawan...dan ada jugak aku ikut pendapat kawan..tp sebenarnya dalam hati aku kata  tak nak..tp aku ikut keputusan yg kawan buat..sebab takut nak buat keputusan sendiri..( itu dulu..zaman tadika, sekolah rendah dan disekolah menengah )...tp bila dah meningkat dewasa, bila dah belajar kemahiran hidup, bnyak baca buku motivasi..aku lantas sedar buruk atau baik aku harus buat keputusan untuk diri sendiri..tak perlu lagi ikut cakap kawan..pendapat kawan kita boleh dengar..kita pertimbangkan dan buat keputusan untuk diri sendiri. Itu yg terbaik sebenarnya..pernah satu ketika dulu, aku fikir..aku ikut kawan kerana tak nak kehilangan kawan, tak nak hilang geng dan sebagainya,dan tak dinafikan masa zaman sekolah dulu..kalau nak g mana2 ,mesti nak tunggu kawan. gi kelas dengan kawan, g dewan makan dengan kawan dan semuanya mesti dengan kawan..namun realitinya ada masalah yg timbul bila aku rasakan..aku sering terlewat kerana perlu menunggu kawan..sebenarnya aku siap awal, tp tetap jadi lewat sebab perlu tunggu kawan..kalau lg ramai kawan..lagi lambat..sebab kena tunggu semua sampai,baru jalan sama2....sekali lagi hati berbolak balik..nak tunggu kawan jugak ker? atau nak gerak sorang2..kita jumpa dalam kelas jer lah yer kawan2..sebab aku memang x suka lewat dan x suka menunggu..disebabkan sikap ini, ada suatu ketika aku pernah digelar oleh seorang rakan sebagai tiada sikap setiakawan =,=
biarlah itu hak dia untuk buat pertimbangan dan penilaian..keadaan ini membuatkan aku mencari rakan yg suka bergerak sendiri jugak..maksudnya bukan kera sumbang, namun dia hidup tanpa perlu bergantung sangat pada kawan..boleh bergerak sendiri walaupun x der kawan..jalan g kuliah sorang2, beli makanan sorang..lepas tue kalau jumpa kawan2 yg lain bertegurlah secara sederhana..cukuplah macam tue..kalau ada bestfriend pun x ramai..berdua sudah cukup..yg lain kawan secara biasa2 jer..no geng.;) ( mesti ada yg x setuju..yer la, setiap orang lain, orang x boleh jadi macam kita, kita pun x bleh jadi mcm org lain..jadi apa kata jadi diri sendiri..itu lebih baik, dalam waktu yg sama tidaklah sombong pada org lain..cuma aku tegaskan disini berkawan secara SEDERHANA )

pernah juga buat test psikologi..dan antara penyataan yg keluar..ada satu pakar motivasi, x ingat namanya siapa..menurut beliau kita boleh kenal peribadi seseorang dengan melihat keadaan dan tabiat org tersebut ----> antaranya " ORANG YG SUKA PAKAI JAM, MAKNANYA BILA DIA KELUAR KE MANA2, DIA MESTI PAKAI JAM, INI MAKNANYA ORANG TERSEBUT TIDAK BOLEH HIDUP TANPA KAWAN DISISINYA DAN DIA SANGAT BERGANTUNG PADA KAWANNYA " 

aku check balik diri sendiri..yer.. dulu masa zaman sekolah ,aku pun mmg bila keluar mesti pakai jam, tapi bila terbaca statement ini,,rasa ingin berubah ;)bukanlah terlalu percaya pada kenyataan ini..tp sekadar suka2.. aku mula tidak memakai jam ketika berada di matrikulasi dan di universiti..cuba2..dan mula bergerak sendiri tanpa terlalu bergantung pada kawan..mula2 kekok jugak..tp lama2 jadi biasa...dan sampai la 3 tahun bekerja sebagai guru..aku tidak memakai jam tangan..sebab dah terbiasa tak pakai..ramai jugak yg tegur..terutamanya rakan2 guru dan pelajar..aku senyum jer ;)tapi sejak tahun 2012..aku telah pun membeli jam tangan yg agak mahal jugak harganya,jam casio RM 240..aku tulis mahal,sebab sebelum nie paling mahal yg pernah dibeli hnya RM 30 jer ( bila tahun nie start pakai jam tangan..ramai pulak yg tnya..eh kenapa pakai jam tngan pulak ? kan dulu x suka pakai...) ternyata ramai jugak yg perasan bahawa aku tidak memakai jam tangan sebelum nie..hmm mungkin sekarang aku rasa aku memerlukan kawan yg sentiasa disisi kot ? may be..he3

dari bab hati yg berbolak balik,bab kawan dan akhirnya bab jam tangan..err..plot penulisan lintang-pukang skit rasanya,,kalau cikgu BM yang baca..peluang nak dapat A tue mungkin tipis ..sorry cikgu...saya menulis berdasarkan apa yg ada di minda, x buat researh untuk kali nie...tapi apa pun ingin disimpulkan disini ialah :

1) kita digalakkan berkawan, ada pepatah mengatakan,berkawan biar seribu..tp jangan terlalu bergantung hidup pada kawan anda..u have to move on, kadangkala apa yg kita minat, kawan x minat..jadi bnyak yg terjadi..disebabkan nak ikut kawan kita kuburkan minat dan kebolehan kita ( contoh yer )..dan macam kes lewat tadi...perlu kah ,menjadi begitu setiakawan..kalau kawan dtg lambat ke kuliahh..kita pun lambat sekali..sebab tunggu kawan ..ini x sepatutnya terjadi, saya pernah di motivasikan semasa di sekolah menengah dulu..untuk berjaya,,jngan terlalu bergantung pada kawan..do it, when you want it..berjuanglah..walaupun kita keseorangan tanpa kawan...kalau apa yg kita perjuangkan itu betul.

2) kita selalu takut jadi lain dari yg lain..selalu ikut org, ikut zaman dan ikut trend..itu yg saya lihat, yg bagus tue ikutlah..tp bagaimana pula yg x bagus? kalau trend shuffle..semua org akan shuffel, bila time oppa gangnam style..semua pun minat oppa gangnam style...bila ada fesyen rambut daan fesyen baju yg tidak mencirikan budaya islam..pun ramai yg ikut jugak...sebab ikut kawan..

3) dulu di sekolah menengah sains pokok sena juga, ada senior perempuan yg pernah ingatkan saya, katanya : adik, kita bergelak, bersuka ria memang bersama kawan2..tp bila adik gagal dalam pelajaran nanti, ingatlah..x der kawan2 adik yg akan menangis dengan adik, adik akan menangis sendirian..dan akan membuatkan ibubapa adik menangis sekali kalau adik tak berjaya dalam SPM nanti " 

" berkawanlah. berkawan biar beribu, berkasih biar satu "
TAPI 
ada ketikanya, hidup tidak boleh terlalu bergantung pada kawan
perlu berani melangkah sendiri
untuk terus maju dan berjaya
ALLAH sentiasa bersama hambanya
jika tujuan kita ikhlas
nnt di akhirat, dalam kubur pun
kita sorang2 jugak
x bleh bawak kawan masuk sekali 
;)

"Ramai orang yang boleh memiliki jam tangan yang tinggi harganya tetapi tidak ramai boleh menetapi masa yang berharga" Dr. Mahathir Mohamad. 

"Kawan yang sebenar ialah seorang yang dapat menerima diri kita yang sebenar"www.familiazam.com
"Masa adalah sekolah di mana kita belajar. Masa adalah api di dalamnya kita terbakar"



by : sheedabdulrahim
time : 12.34 malam
place : on my desk

p/s : mata masih belum mengantuk lagi...^_^




No comments: