Thursday, December 13, 2012

matahari, bulan dan bintang?

bintang, bulan dan matahari..saya pilih untuk menjadi bintang ;) kenapa ??


CAHAYA adalah salah satu unsur yang paling penting kepada kehidupan manusia, binatang dan tumbuh-tumbuhan, malah kepada segala jenis benda-benda yang ada di dalam alam maya ini. Kehidupan makhuk-makhluk itu adalah bergantung kepda cahaya, terutama kepada cahaya matahari; cahayalah juga yang menyebabkan mata manusia atau binatang boleh melihat, kerana dalam mata ada lensa yang hanya dapat melihat dengan pertolongan cahaya.




Oleh sebab cahaya itu terlalu lumrah dalam kehidupan kita, ada di mana-mana, siang hari melimpah dengan cahaya, malam hari diterangi cahaya, malah cahaya ada di mana-mana, di langit dan di bumi, di seluruh alam ini, dan oleh kerana cahaya itu terlalu banyak dalam kehidupan kita, menyebabkan kita sering terlupa tentang kewujudan dan kepentingan cahaya itu kepada kita.







 matahari, bulan, dan bintang semuanya mengeluarkan cahaya, namun pada jumlah dan masa yg berbeza...sesuai dengan kehendak dan peraturan alam <------- nbsp="nbsp">





matahari :


merupakan bintang yg paling besar dan paling hampir pada bumi, matahari terbit dari timur dan tenggelam di barat. kerana adanya matahari maka wujudlah siang, bila bumi berputar pada paksinya, kawasan yg tidak menghadap bumi akan mengalami malam..begitulah silih berganti ;)



ramai yg mengatakan dalam ayat2 puitisnya --> "biarkan aku menjadai mataharimu " atau " awaklah matahari saya " ini ayat parabola yg melambangkan bahawa ramai org ingin menjadi matahari pada org yg dikasihinya ..kerana matahari sifatnya menerangi secara meluas, cahaya sangat terang..maknanya si matahari akan memastikan org yg dikasihinya sentiasa diterangi dan x sanggup dibiarkan sesiapa sahaja dalam kegelapan atau hilang arah...hebatnya matahari dengan izin ALLAH..namun kata hati saya mengatakan..saya tidak mahu menjadi matahari..kerana saya tidak sehebat seperti matahari..warnanya gah bercahaya..dan menyerlah....itu bukan saya, saya lebih suka berselindung dan tidak gemar dilihat begitu gah..dimata sesiapa..saya juga x mampu menerangi manusia lain walhal org yg saya kasihi..mana mungkin mampu menjadi matahari dengan ilmu yg sedikit dan terbatas..aya syg seperti matahari melimpahkan cahayanya...^^







bulan :


Bulan tidak mempunyai sumber cahaya dan cahaya bulan sebenarnya berasal daripada pantulan cahaya matahari. Bulan mempunyai 1/4 garispusat bumi bersamaan 3,476 kilometer dengan kekuatan graviti hanya 0.16 = (1/6) graviti bumi. Bulan dipercayai berasal daripada asteroid bersaiz Marikh yang menghentam bumi lalu berkecai. Teras asteroid itu terus menghentam bumi, tetapi lapisan luar asteroid terpelanting dan terperangkap dalam orbit mengelilingi bumi lalu membentuk bulan. Sepertimana yang kita tahun bulan adalah cahaya yg menerangi bumi pada waktu malam..bulan bentuknya juga cantik dan kelihatan bulat jika dilihat dari bumi...kadang2 bulan benuh, kadang2 bulan sabit dan separa..namun tetap bercahaya dan menyinari pada waktu malam bagi menggantikan matahari. Ramai juga yg ingin menjadi seperti bulan kerana kecantikannya..antara ayat yg sering kita dengar "kau laksana bulan "atau " wajahmu cantik seperti bulan penuh " atau " pungguk merindu bulan ?..ader ker??..wah so sweet..bulan memang terkenal dengan kecantikannya..disamping cahaya yg dilemparkan pada waktu malam bg menggantikan matahari .Tapi aku jugak..tidak mahu jadi seperti bulan..sebab bila waktu malam, tatkala aku melihat ke langit..bila langit tanpa matahari dan bintang..bulan juga sebenarnya bertindak seperti matahari..sangat gah pada waktu malam...dan menjadi pujaan ramai...bentuknya bulat, cantik dan pastinya dapat dilihat oleh semua manusia..terutamanya ketika bulan penuh..bukan sahaja ramai manusia menyukai bulan..bahkan haiwan seperti serigala pun suka melihat bulan...aku lantas berfikir..aku tidak seperti bulan..kerna sifatku agak  tertutup..mana mungkin aku menjadi seperti bulan yg menjadi tatapan semua mata manusia...dan menjadi kebanggaan manusia kerna menyinari hampir seluruh bumi pada waktu malam..mana mungkin aku seperti bulan..




bintang :


Bintang merupakan benda langit yang memancarkan cahaya. Terdapat bintang semu dan bintang nyata. Bintang semu adalah bintang yang tidak menghasilkan cahaya sendiri, tetapi memantulkan cahaya yang diterima dari bintang lain. Bintang nyata adalah bintang yang menghasilkan cahaya sendiri. Secara umum sebutan bintang adalah objek luar angkasa yang menghasilkan cahaya sendiri (bintang nyata). Bintang sedikit berbeza dari bulan..kerana bintang adalah objek yg mengeluarkan cahayanya sendiri, walaupun cahaya tersebut tidak seterang bulan dan matahari ;) jadi aku memilih untuk menjadi bintang...seperti bintang yg mengeluarkan cahayanya sendiri..menerangi kegelapan tatkala tiadanya matahari dan bulan..walaupun cahaya itu tidak terang..namun mampu membantu sedikit-sebanyak..untuk menerangi malam..bintang, tidak begitu gah seperti matahari..juga tidak se gah cahaya bulan..saiznya juga kecil..tidak setanding dengan matahari dan bulan..namun walaupun kecil..ia tetap cantik..tidak panas..tidak begitu membara..dan tidak menyilaukan mata yg memandang..hanya kelipan2 biasa yg membantu menerangi alam. Aku ingin jadi seperti bintang..yg tidak diagung2kan..juga tidak perlu disedari kewujudanku oleh semua penduduk bumi..biar tidak dipandang,,kerana orang lebih memandang matahari dan bulan yg lebih terang sinarnya...namun bintang hanya diminati oleh segelintir org sahaja..berapa ramai yg suka melihat bintang? dan melihat bintang setiap malam ? x ramai..tapi tetap ada..jd bintang tidak begitu diiktirafkan sangat kepentingannya..namun dia tetap setia mengeluarkan cahayanya setakat yang mampu ;)




by : sheedabdulrahim
time : 3.37 pm
place : home sweet home




No comments: