
Air mata ini menitis laju tatkala membaca statement yang begitu BIADAP yang ditujukan khas kepadaku dari seorang pelajar yang pernah dididik dengan tanpa ada perasaan jemu dan putus asa..inilah realiti seorang guru yang perlu aku hadapi.. kadangkala fikiran ini terganggu..salah akukah kerana menyangka semua pelajar itu baik? salah akukah kerana terlalu yakin bahawa aku bisa menjadi cahaya yang menerangi kegelapan hidup seorang insan yang bergelar pelajar..oh tuhan..sedeynya hati ini hanya ALLAH yang tahu..tidak pernah sekali aku terfikir inikah balasan yang patut diterima oleh seorang guru.. guru adalah semulia-mulia pekerjaan..namun tidak ramai yang mengerti dan menghargai jasa seorang guru. Aku tidak pernah mengharapkan hadiah, kata-kata pujian atau sanjungan..yang aku harapkan cukuplah sekadar senyuman yang diberi oleh pelajar sebagai tanda hormat dan ucapan " terima kasih cikgu " enough!!! dan..bertapa bangganya rasa seorang guru apabila pelajar mencium tangan guru selesai sahaja proses pengajaran dijalankan.
oh tuhan..kuatkanlah hati ini dalam menempuh cabaran yang bagiku bukan kecil..kuatkanlah hatiku untuk terus mendidik pelajar-pelajar ini dengan penuh kasih sayang..ya.. aku mendidik mereka dengan penuh kasih sayang.. bukan kerana gaji semata-mata...namun..aku khuatir semangat ku akan pudar..gara-gara sikap pelajar ini..apa yang harus aku lakukan tatkala melangkah masuk ke kelasnya..ikhlaskah aku kelak untuk memberi ilmu kepadanya..apabila nilai diriku seolah-olah dipijak oleh pelajar ku sendiri.. tegakah aku untuk berlagak biasa di depannya??? bagaimana pula nasib rakan2 sekelasnya...mereka tidak berdosa..tapi mungkinkah mereka akan menerima nasib yang sama??
moga cahaya bintang timur, sinar keimanan setipis kulit bawang ini..bisa bertahan..aku mohon kekuatan ya ALLAH..tunjukkan aku kejalan yang benar..kuatkanlah hati hambamu ini..berilah hidayah kepadanya..
Hati ini pernah berkata.."i will never forgive you"..YES i will never forgive you !!!.. its too much !!"
Astaghfirullahulazim.. ampuni hambamu ya ALLAH.. akan ku perbaiki diri ini..akan ku teruskan usaha ku untuk mendidik pelajar2 ku..namun aku manusia biasa...manusia yang punya perasaan..maafkan saya kerana hati saya masih tertutup untuk memberi kemaafan..
1 comment:
hye Sheeda...hurmm ap yg trjadi??...u x ley hukum die & pada pndapt saya la..Sheeda ptut jumpa die n tanya die apa masalahnyew...mungkin die ad sebb yg trsendiri...klau Sheeda trus diam mcm nih dan x maafkan die hati Sheeda takkan tenang....lgipun nnti Sheeda akn msuk klas die kan...hurmm..
Post a Comment