
Hari ini yang aku lalui....syukur alhamdulillah kerana bangunnya aku di pagi hari untuk bersahur , dan kini dengan izinnya tibanya pula aku di malam hari. Alhamdulillah aku masih diberi kesempatan untuk bernafas, bekerja, solat terawih..dan pada detik ini..menulis blog yg agak sekian lama menyepi.
Hari ini aku menjalani kehidupanku seperti biasa..namun ada sedikit kesuraman dihatiku kerana handphoneku sudah hampir seminggu tidak menerima message dari seseorang..urmm..bukan boyfriend..tp seorang sahabat...urmm..namun perkara ini kuanggap kecil kerana banyak lagi perkara dan tugas penting yang perlu aku selesaikan...ada berpuluh-puluh pelajar yang pelbagai ragam yang perlu aku temui hari ini ;)
1.05 - 1.35 ( Tingkatan IPE1)
Kelas ini merupakan kelas pertama yang aku masuk pada hari ini..aku masuk lewat 5 minit..untuk mengelakkan kesesakan di tangga, apabila pelajar tingkatan 3 berebut2 untuk pulang kerumah. Aku mulakan langkahku dengan senyuman yang cuba aku ukirkan dari hati..dan tak lupa juga dengan sebutan " al-fatah" yang membawa maksud yang Maha Memudahkan.Harapanku agar urusanku dipermudahkan,dan semua objektif yang ditetapkan dapat dicapai dengan jayanya. Alhamdulillah..aku keluar dari kelas dengan rasa kepuasan..objektif tercapai..sejuknya hati melihat pelajar2 tingkatan satu yang begitu memberi perhatian apabila guru sedang mengajar. Lebih menyeronokkan apabila ada diantara mereka yg menunjukkan minat dengan menanyakan beberapa soalan untuk mereka lebih memahami apa yg diajar oleh guru.
2.05-2.35 ( Tingkatan 1PE4)
Nie kelas yg kedua,, aku sepatutnya masuk pada pukul 2.05,tapi aku masuk awal..setengah jam..sebab kebetulan kelas tersebut tiada guru, dan aku pun malas untuk turun ke bilik guru kerana pada masa tersebut hujan turun dengan lebat.Mencurah-curah rahmat Illahi membasah bumi..sejukkkk..sesejuk hatiku masuk ke kelas 1PE4. Majoriti pelajar 1pe4 adalah baik-baik semuanya..cuma yang nakal adalah seorang dua... tap ini masalah biasa yang boleh aku tangani ;) Kepuasan turut dirasai kerana objektif yg ditetapkan tercapai...
2.05-3.05 ( Tingkatan 1MT2)
Aku setrusnya melangkah ke 1MT2 yang terletak di penghujung blok..untuk kelas RELIEF..menggantikan guru yang tidak dapat hadir. Untuk kelas ini aku tidak punya suara lagi untuk mengajar..jadi aku membenarkan mereka membuat kerja sendiri dengan syarat tidak membuat bising dan berjalan2 ke tempat kawan. Namun..gelagat dua sekawan agak mencabar kesabaranku..jelingan dan tenungan tajam ku tidak memberi apa2 makna kepada mereka, malah mereka lagi giat beraksi dan sungguh berani membuat bising dan membaling-baling kertas kepada rakan2 yang lain..Aksi ini dilakukan berulang-ulang kali..dengan penuh kegembiraan dan gelak tawa..seolah2 aku tidak wujud di situ...kesabaran setipis kulit bawang ini akhirnya goyah.. aku menghukum mereka..dengan satu panggilan yang lantang aku meminta merka berdiri dihadapan..dan menegur sikap mereka dengan keadaan diriku yang agak dikuasai amarah..bukan niatku untuk memalukan mereka..tapi untuk memberi kesedaran...Pelajar2 lain aku benarkan keluar untuk ke surau, kecuali mereka ..aku gunakan masa ini untuk berdepan dan berckap dengan mereka "face to face"..memberi teguran, amaran dan motivasi...moga merka diberi hidayah..aminnn
4.50-5.40 ( Tingkatan 1MT3)
Ini satu lagi kelas yang membuatkan aku mengucap panjang...kelas nie agak heterogenous...ada yang nakal, ada yg baik..tapi ramai yg nakal..ada 4 sekawan tue..memang x makan saman..mcm2 gaya. Pernah skali aku berazam untuk masuk ke kelas ini dengan harapan " aku x nak membebel hari nie",,tapi..keadaan memaksa...setiap kali masuk kelas..mesti x terlepas dari membebel..meleteri mereka2 yg nakal dan malas nie..timbul rasa bersalah juga..kerna aku dapat melihat yang pelajar2 bijak kelas ini..menunjukkan rasa tidak senang apabila aku asyik membebel..waaa,,ketahuilah aku juga tidak suka dengan istilah "bebelan"..tapi bagaimana??? hiraukan mereka yg tidak mahu belajar..dan cuma ajar mereka yg ingin belajar?? yer..aku dah cuba aplikasikan hari ini..tp masih tidak berjaya..pelajar2 yg tidak mahu belajar itu trus-terusan menggangu proses P&P ku...ketahuilah anak-anak muridku..jangan la terlalu bergembira dengan hari ini..kerana masa depan yang mencabar menantimu di hadapan..berubahlah..berubahlah..dan berubahlah...dan sedarlah bahawa kemarahan ini..menunjukkan bertapa para guru menyayangi para pelajarnya...bukan membenci..
No comments:
Post a Comment