Sunday, August 22, 2010

..we do not know what will happen in future ....

assalammualaikum kpd semua.. dengan izin ALLAH dan kelapangan yang ada pada saat ini, hatiku meronta2 ingin mencurahkan sesuatu...buat tatapan rakan2 dan yang utama agar aku sendiri berasa tenang setelah meluahkannya di sini.." we do not know what will happen in future"...sesungguhnya kita tidak tahu apa yg akan berlaku pada masa hadapan,,jika kita berada di waktu pagi, jngan terlalu yakin yg kita akan tiba di waktu petang...sesungguhnya segala yang bakal berlaku adalah rahsia ALLAH.Jika hari ini..kita bersama ahli keluarga bergembira dan bergelak ketawa, jngan terlalu yakin yang kita akan dapat bersama mereka di pagi raya yang mulia.Jika hari ini kita berjalan seiringan dengan adik2 tercinta ke masjid untuk menunaikan solat terawih..jngan terlalu yakin esok kita masih dapat berjalan bersama mereka. Jika difikirkan..kehidupan dan masa depan adalah sesuatu yang amat menakutkan...kita tidak mempunyai apa2 kuasa untuk menolak atau menghalang takdir ALLAH,yg mampu kita lakukan adalah berdoa siang dan malam, agar kehidupan kita tidak diuji dengan dugaan yg berat, yang x mampu kita pikul..jika dugaan yang berat itu tiba juga..aku pinta kepadamu..kurniakanlah aku kecekalan hati, akal dan fikiran,,agar aku dapat jadi insan yg kuat dan redha dengan ketentuanmu..
1 july 2010, dalam perjalanan pulang dari sekolah aku mendapat berita tentang kemalangan seorang sahabat kami yang sama2 belajar di UPSI..menurut info yg diterima beliau dalam keadaan parah dan sedang menjalani pembedahan kepala.Sahabat-sahabat yang mengenali beliau diminta menitipkan doa untuk keselamatan beliau. Mendengar berita ini...tak dapat dinafikan bertapa terkejutnya aku..terbayang di wajahku wajah sahabat ini, wajah ibubapanya dan wajah adik kembarnya..yg juga merupakan pelajarku disekolah..
Setiap hari hinggalah kini hari berganti hari, sahabat yg aku kenali ini masih terlantar dihospital dan keadaanya masih koma..tergerak hati untuk melawat beliau di hospital..sebelum ini hanya mengikuti perkembangan beliau di facebook dan mendengar info2 dari teman2 baik beliau sahaja..entah knapa pada mulanya hatiku begitu berat untuk melawat beliau..mungkin kerana kami tidak rapat..dan bila dikaji dan diteliti, aku pasti faktor utama yg membuatkan aku berat untuk melangkahkan kaki melawat beliau..adalah kerana aku tidak sanggup melihat keadaan beliau yg sebegitu...sedeh...tp sampai bila..dengan nasihat rakan, aku dan teman baikku pergi melawat beliau pada ramadhan ke 3...hati kami berdebar2...bagaimana la keadaan beliau...
Sampainya di katil beliau..memang hati kami sayu, sedih...tp debaran yg tadinya telahpun hilang, yg ada cuma rasa berserah dan redha kepada ALLAH.. ini aturan ALLAH kepada hamba2nya..tiada siapa yg menyangka ini yang akan berlaku di saat beliau baru ingin merasai nikmat bekerja..dugaan menimpa..ya tuhan,,pasti ada hikmah di sebalik semua yg berlaku..bagi diriku...aku juga tidak tahu bagaimana masa depanku...apa yg pasti aku bersyukur..kerana engkau masih melindungiku....untuk suadara abdul halim...semoga dikurniakan kesembuhan...dan kepada keluarga beliau...pastinya ALLAH mengurniakan pahala yg besar kepada mereka, di atas kesabaran mereka menghadapi ujian yang berat ini...aminn..

No comments: