Sunday, August 29, 2010

..kecelaruan pandangan..AKU bagaimana??

Ramai orang berpandangan,
kita perlu bercinta untuk mengenal pasangan,
Tanpa perkenalan, mustahil cinta bertandang,
Tanpa percintaan, mustahil keserasian dikesan,
Mereka sebenarnya terlepas pandang,
dalam islam ada taaruf dalam tempoh
RISIK
dan bertunang,
Yang melibatkan mahram bukan berdua-duaan,
Taaruf itulah mendedahkan keserasian,
Cuma takrif "takruf " dan " serasi"
dalam fikiran manusia berlainan.
Islam mengajar manusia taaruf,
yang ada sempadan,
terpelihara dan terjaga dari kemaksiatan,
bukan taaruf melalui bercinta sakan,
Islam mengajar serasi dengan ajaran Tuhan,
Bukan serasi dengan kehendak pasangan,
Cinta Al-Rahman menjana kebahagiaan,
Lantaran itulah, batasannya..
tidak boleh dipermainkan.
- monolog Asiah Yusra-
Novel Tautan Hati
Berbicara mengenai novel ini..bagi diriku..inil adalah novel terbaik yang pernah aku baca..bermula dari meminjam daripada seorang rakan..dan akhirnya aku telah pun membeli novel ini sendiri..untuk dijadikan simpanan dan bekalan tatkala hatiku buntu mencari jalan penyelesaian bagi menyelesaikan masalah2 yg sekutu dengannya....
Mencari dan menyelami kekuatan diri seorang muslimah dalam erti kata yang sebenar,,kadangkala mendatangkan lelah...kekecewaan..putus asa..dan kurangnya sokongan menjadikan diri ini semakin lemah...namun....kupujuk hati ini untuk tidak begitu mudah tewas dengan ancaman dan bisikan syaitan ..moga hatiku diberi petunjuk dan kekuatan..sesungguhnya aku insan lemah..namun bimbingan teman2 seperjuangan mampu menguatkan aku...meleraikan segala kesedihan..kata mereka..apa guna bersedih dengan hal-hal dunia, kerana ianya hanya sementara..lebih baik jika kita bersyukur..atas apa yg kita miliki..sesunggunya jika direnung..begitu besar rahmat ALLAH buat diri kita...;) terima kasih teman kerna menyedarkan aku....

No comments: