mohon pembaca mengabaikan
bait2 kata cinta pada manusia
yg pernah dicoretkan di dalam blog nie
mahu diberitahu pada sekalian manusia
cinta itu telah tamat episodnya
aku tidak mahu lagi membicarakan tentang cinta manusia
aku hnya mahu menulis dan mencari cinta si pencipta cinta
cinta ALLAH yg tidak mengecewakan
adam yg pernah hadir suatu ketika dulu
mengajar aku erti kehidupan
memberi aku satu pengalaman yg tidak dapat dibeli dipasar raya
wahai adam..tidak wujud lagi kemarahan dihati ini
pusnah jua segala kesedihan dan kekecewaan
kerna aku melihat dari sudut yg positif
aku mengkaji ayat-ayat ALLAH
aku sedar ALLAH menyayangi kita,
dan ingin terus membawa kita
kejalan yg BENAR,
walaupun melalui haluan yang berbeza
masa berlari meninggalkan kita
tika tinta ini dicoret, aku bagai tidak percaya
kita berada di bulan julai 2012
sungguh cepat masa meninggalkan kita
aku tidak mahu lagi fokus pada bayang-bayang silam
semahu mungkin aku cuba bangun dengan berani
menjadi yang terbaik untuk diri sendiri
membasuh noda-noda hitam yg pernah bertapak di hati
yang aku cari adalah ketenangan,
aku bisa tenang, dengan hadirnya rahmat ALLAH
aku tidak kisah jika aku hanya berpakaian murah, berkasut selipar
walau orang sekeliling sibuk menayangkan barangan berjenama
sedikit pun, hatiku tidak terusik
kerna aku yakin, bukan itu punca yg memberi kebahagiaan dan ketenangan
dimana aku dicampakkan, disitu aku cuba berjalan
pasti ALLAH merencana sesuatu yg terbaik buat diriku
aku bukan sesiapa, untuk dicemburui
tp yg nyata ALLAH mencemburuiku..
jika aku leka atas suruhannya
kita semua sama, tiada apa milik kita
semuanya milik maha pencipta
berjalanlah kita ...selagi masih diberi nafas
ingin aku katakan pada dunia, aku bahagia dengan episod baru
episod lama...akan tetap menjadi memori
aku simpan memori itu..sebagai pedoman, yg menjadikan aku insan yg lebih baik disisi
maha pencipta...insyaALLAH

No comments:
Post a Comment