Friday, October 12, 2012

bukan siapa-siapa

aku bukan siapa-siapa
aku manusia biasa
ingat lagi di waktu sekolahku
aku bukan siapa-siapa
namun aku tetap aku
yg setia hanya pada diriku
berdiri di kaki sendiri
berusaha untuk maju
kerana aku tahu
aku bukan siapa-siapa

aku berjalan
bukan untuk mereka
tp untuk ibubapaku
kadang langkah terasa payah
namun..memang itulah kehidupan
aku bukan siapa-siapa
untuk dijulang
aku hanya hamba

ALLAH tuhanku
Dia mendengar keluh kesahku
sungguh aku bukan siapa-siapa
tapi aku juga tidak mahu hidup tanpa apa-apa
lantas aku punya cita-cita
biar perih pada awalnya
namun dimuaranya mungkin berbeza

kadang aku mengeluh
keinginanku tiada jawapan
lantas iman didada memberontak
hey..tak tahu malukah ?
aku bukan siapa-siapa
hidupku hanya belas dari maha
pencipta

Oh Tuhan,,
aku bukan siapa-siapa
namun aku enggan menjadi lemah
aku si penjaga diri
aku punya cita-cita
aku punya cinta
namun aku bukan siapa-siapa
tanpa pertolongan dan ihsanmu

p/s : aku bukan siapa-siapa, tapi aku enggan biarkan hidup berlalu tanpa apa-apa, mohon tuhanku, jangan engkau murka, kerna aku hambanya yg alpa.

No comments: