Sunday, July 24, 2011

coretan memori kursus satu murid satu sukan (^_^)


kursus modul satu murid satu sukan telah dijalankan pada 20 julai hingga 22 julai 2011, bertempat di SMK Dr Burhanuddin, Taiping..di saat Pn Norsidah memberi notis panggilan kursus kepadaku pada 19 julai 2011..hmmm..aku meneliti isi kandungan notis tersebut ~ perasaan..hmmm biasa2 ajer..dalam hati best jugak sebab dapat belajar sesuatu yg baru,lebih2 lg pegi kursus dengan best friend forever ( cikgu zuleha ahmad khan)..disebalik rasa best tue..terselit jugak rasa takut..sebab kursus nie ada praktikal ;) sesetengah org suka kursus yg ada praktikal sebab tak la mengantuk sangat bila dengar teori jer..tp aku nie pelik skit..aku suka teori,tp praktikal kurang gemar..bukanlah x suka langsung pada praktikal nie..tp kurang gemar bila praktikal yg dilakukan menjadi tatapan bnyak mata dan tindakan/praktikal tersebut dinilai..lalu dikritik ~ whatever it is..apa yg akan berlaku selama 3 hari di SMKDB masih belum diketahui..dalam hati berkata ~ semoga baik2 ajer ;)

( 20- 22 julai 2011)
~ cikgu zuleha menjemput aku di rumah untuk ke tempat kursus~ tepat jam 7.50 pagi kami tiba di dewan smkdb,dewan yang cantik dan besar..kami mendaftarkan nama..dan terus mengambil tempat di dalam dewan. Mata melihat ke kiri dan ke kanan..mencari wajah2 yang dikenali..ada beberapa wajah yang dikenali..rakan2 guru dari smk convent, senior2 masa sekolah dulu, dan rakan2 guru yang pernah ditemui semasa camping dan lain2 ~ antara wajah2 tersebut..akhirnya terpandang en ramli (pegawai PPD bhagian sukan dan permainan ). Walaupun berjawatan dan berpangkat..en ramli seorang yang peramah dan senang didampingi..ada sajer yg nak diceritakan dan pasti menghiburkan kami ~ Perbualan dengan en ramli walaupun seketika.. mampu memberikan kegembiraan kpada kami pada hari tersebut ~ ( dalam hati berkata..kan bagus kalau semua org macam nie.. x sombong,mesra dan peramah ~ tp bukan senang nak jadi macam nie..perlu bersihkan hati..perlu belajar berubah sedikit demi sedikit,,apepun yg penting perlu ada kesedaran untuk berubah )

~ Kursus berjalan seperti biasa..dalam kursus nie peserta kursus di pekenalkan dengan 10 jenis permainan ( bola jaring,bola tampar,bola baling,ping pong,bola keranjang, bola sepak, olahraga,sepak takraw, badminton,dan hoki ). Pada sebelah pagi ceramah ringkas diberikan berkenaan dengan permainan2 ini yang merangkumi cara bermain, undang2 permainan, sejarah permainan dan contoh pertandingan kecil yang bolah dijalankan oleh guru penasihat sukan dan permainan bagi memastikan setiap pelajar menyertai sekurang2nya satu sukan bagi merealisasikan slogan satu murid satu sukan. Ilmu yang cukup berguna..kerana sebelum ini aku sendiri tidak tahu bagaimana hndak bermain ping-pong, hoki dan bola baling..namun menyertai kursus ini mampu memberi serba sedikit maklumat yang dapat dijadikan panduan kepadaku sebagai guru penasihat kelab sukan dan permainan ~ Pada sebelah petangnya iaitu pada pukul 2.00 hingga 4,30 ptg..kami dipecahkan kepada 4 kumpulan..untuk melakukan praktikal terhadap permainan2 yg telah diteorikan pada sebelah pagi..hu2..mula2 agak malu untuk bermain..lebih2 lagi permainan yg tidak pernah main sebelum nie..rasa kekok.nak pegang kayu hoki dan bet ping-pong pun x pandai..apatah lg nak main..tp apabila melihat rakan2 guru yg sporting..dan cuba mengambil aura positif dalam diri sendiri..apalagi..cuba juga untuk bermain..biar nampak kekok dan pelik..sekurang2nya ada keberanian untuk mencuba...bila dah cuba best jugak..rasa nak main lagi ;) dalam 10 permainan yg diajar,,yg paling best ialah, bola jaring, bola baling, boal sepak dan bola keranjang ~ tapi ada satu kepuasan apabila kita cuba bermain sesuatu permainan yg pada mulanya kita langsung tak berminat dan takut untuk bermain...contohnya..mcm permainan sepak takraw,dan ping-pong (^_^)..tapi aku cuba jugak..ha3..walaupun nampak pelik bila aku menimbang bola takraw tersebut..mmg teruk..dan bila masa untuk menanduk bola takraw tersebut..memang aku surrender~ x mampu rasanya..tp sangat kagum bila melihat ramai kawan2 yang boleh buat dengan baik. Situasi yang sama bila aku cuba untuk bermain ping-pong..seronok juga bila dapat pukul bola ping-pong..tp hakikatnya untuk org yg baru belajar bermain..penatnya bukan pada memukul bola ping-pong..tp penatnya bila kerap kena kutip bola ping-pong ~ (#_@)

hmmm..satu lg yg menarik disini..dalam hampir 300 org peserta kursus..diantaranya aku berpeluang bertemu kembali seorang kenalan guru dari sekolah berhampiran yg pernah aku kenali dalam satu aktiviti di bota,bertemu semula di bukit merah dan kali ini bertemu pula di kursus ini..aku suka pada peribadi guru ini dari mula dia menyapa aku sewaktu berjumpa di bota pada bulan 4 yang lalu~ suka sebagai seorang kawan..seorang yg tenang..murah dengan senyuman. dan rendah hati ~ hmmm dalam hati aku bersyukur kerana dipertemukan dengan sahabat sebegini..walaupun sekadar teman biasa..siapa yg berpeluang menjadi teman atau pelajarnya akan merasai ketenangan apabila bercakap dan melihat wajahnya~ itu kurnian ALLAH pada sahabatku ini ~ semoga ALLAH melindungimu wahai sahabat ~

kursus selama tiga hari ini juga bukan hanya membantu memberi maklumat dalam 10 jenis permainan..namun apa yg lebih penting ianya secara tidak langsung dapat :

  • meningkatkan keyakinan diri dikhalayak ramai ( bila dalam kelas..aku berdiri gah..penuh confident dihadapan pelajar..namun bila berhadapan dngan org2 yg lebih hebat adakah kita mampu berdiri gah seperti sebelumnya?? )
Belajar menjadi orang yang disenangi dan bersikap terbuka.. ( dalam kursus ini kita berpeluang berjumpa dengan pelbagai jenis manusia yang juga pelbagai peringkat umur..mcm2 cerita akan dikongsi bersama)

apabila melihat orang yg lebih cantik,lebih langsing,lebih petah dan mempunyai kelebihan yg banyak..kita seringkali ingin menyisihkan diri..namun bila berada dalam kursus ini..secara tidak langsung kekuatan dalaman amat penting..rendah diri itu bagus..namun perlu pada tempatnya (nasihat pada diri sendiri )..tanamkan dalam hati semua manusia itu sama..dicipta dengan kelebihan dan kekurangan ~


sekian
THANK YOU ALLAH
kerana memberi peluang mengikuti kursus ini
ada ilmu dan memori yg tersemat di hati
walaupun cuma seketika
semoga hari2 esok lebih baik
sesungguhnya KAU pengatur TERHEBAT

by : sheedabdulrahim
date : 24 julai 2011

No comments: