Tuesday, August 16, 2011

rindu suasana itu ^^



assalammualaikum wbt..slamat pagi ;) hari ini cukup indah..sebab hari nie hari cuti~ entah kenapa seronok sngat bila dpat bercuti..kalah budak2..tapi x salahkan..cuti adalah masa untuk menenangkan fikiran merehatkan minda dan badan..hmmm..lebih2 lg pd bulan puasa..x sampai 2 minggu lagi raya akan menjelang..mesti ramai orang yg sedang sibuk menziarah tesco, giant, econsave dan taiping sentral skarang untuk membeli kerperluan menyambut raya..he2..aku ? masih mengadap laptop..rasa malas untuk kemana2.,,baju raya pun blum beli lg..tp dalam almari ada bnyak baju kurung yang masih blum dipakai..sebab kalau x raya pun setiap bulan mesti beli satu baju kurung,,pakai baju tue jer bley? bley2..x elok membazir..^^ hmmm tp jap g lpas zohor nak kluar jugak..nak bawak mak g shopping apa yg patut..mak cakap buat persediaan awal lg bagus..nnti x tergesa2..yer la..ikut kan saja~

skarang nie sebenarnya..mood tengah rindu pada kampung halaman di bagan datoh (kg belah ayah).. rindu sngat nak balik ke sana..rumah tue dah lama terbiar kosong sejak datuk dan nenek duduk bersama mak su di klang..jd bila datuk dan nenek tinggal di klang bersama mak su...bila hari raya kami tidak lg pulang ke bagan datoh..malah beramai2 akan beraya di klang..hmm suasana beraya di klang x sama mcamana beraya di bagan datoh... last beraya di bagan datoh kalau x silap masa aku di tingkatan dua ~

rumah di bagan datoh sngat cantik..rumah papan berwarna coklat yang ada serambi di tangga..rumah yang agak besar..laman yang cantik..kiri kanan dikelilingi oleh pokok kelapa...dekat halaman rumah pulak ada pokok koko,pokok limau nipis dan pokok rokam ~tringat semasa zaman kanak2 dulu..akulah org yg paling gemar makan buah rokom..sedap sangat makan buah rokom dicicah dengan garam,,buah limau nipis juga aku ambil..dan letak asam di tengah2nya..memang penggemar yang setia..abah sampai marah n pesan jngan makan bnyak sangat,,tp bila tiba hari nak balik..abah jugaklah yg tolong petik buah rokam untuk dibawa balik ke taiping ^^ bestnya

selain merindui rumah itu..aku juga merindui suasana berpuasa dan meyambut hari raya di sana. Keluarga belah abah..memang gemar memasak..masih segar diingatan,,masa tue umur aku baru 11 tahun..budak2 lagi..n masa tue jugak..pak lang. mak tam, mak tih dan mak su..masih belum berkahwin..jadi merekalah tempat aku nak bermanja dan mengada-ngada,,ha2..apa saja yg diminta pasti diberi..ingat lagi pada suasana petang yg indah, petang sebelum berbuka puasa,,nenek di dapur sibuk membakar ikan terubuk ( sedap sangat ikan nie..tapi bnyak tulang) sebagai juadah berbuka puasa, lebih sedap dicicah bersama air asam, he2..pak lang pulak tengah sibuk memancat pokok kelapa..untuk buat air kelapa, sedangkan mak tih dan maksu pula tengah buat air anggur..dan aku? sedang berjalan kehulu kehilir..kejap je dapur untuk melihat ikan terubuk yg dibakar..sekejap ke depan untuk melihat buah kelapa yg jatuh ;)

malamnya..kami berbuka puasa beramai..suasana seperti kenduri..makan bersila di bawah..kerana ahli keluarga yang ramai..setelah selesai makan,dan bersolat..malam raya juga menarik..hu2..aku melihat mak su yang bertungkus lumus menjahit baju raya yang belum siap..manakala emak pula sibuk mengiron baju kami sekeluarga..dan aku..sibuk bermain bunga api..masa tue takut nak main mercun..tapi aku menjadi pemerhati yang setia melihat pak lang, abah dan abang yang sedang seronok bermain mercun ;)

tapi suasana begini telah lama ditinggalkan..rumah indah tue juga telah lama dibiarkan.dan sejak itu jugak.x der lagi orang nak.bakarkan ikan terubuk..hmmm.. skarang suasana sedikit berbeza,,pak lang, mak tih , mak su dan mak tam telah pun berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri..nenek dan tok wan pula,,menetap di klang bersama mak su..kami masih bersama dan beraya bersama..tapi suasana beraya di klang tidak sama dengan suasana beraya di kampung bagan datoh ~

kemeriahan dapat berkumpul bersama2 masih terasa..tp pastinya berbeza ketika masih di zaman kanak2 dulu ;) akhir kata selamat menyambut kedatangan satu syawal..syukur seadanya ^^

by : sheedabdulrahim
date : 17 ogos 2011

No comments: