Thursday, December 27, 2012

aku juga imannya biasa-biasa sahaja


aku baru sahaja selesai membaca buku 
"cintaku kerana agamamu "

hasil tulisan Dr Farhan Hadi
seorang novelis islamik, juga seorang doktor muda,
atau ramai jugak yg mengetahui bahawa beliau adalah
suami kepada seorang penulis islamik yg terkenal
iaitu ustazah fatimah syarha 

buat julung kalinya,,aku membaca setiap helaian tanpa meninggalkan
satu muka surat pun..subhanallah..amat menarik buku ini
setiap penceritaannya mengkagumkan
alangkah indahnya kehidupan mereka
dr farhan hadi, atau dalam watak novelnya sebagai dr muslih 

bagaimana dr muslih bertindak sebagai pelajar perubatan yg tekun dan beragama
dia juga membawa watak..pemuda yg menggunakan org tengah dalam mencari jodoh yg terbaik buatnya
mencintai org yg mencintai ilmu
seorang hamba ALLAH yang sangat bertawakal kepada penciptanya...
seorang lelaki yg kaya budi bahasa..namun tetap mengekalkan sifat malu
istikharah dan musyawarah adalah rutin hariannya
tunang yg sangat menjaga batas pergaulan..tiada mesej yg lagha, tiada berhubung tanpa urusan yg penting
kesetiaan, sifat empati dan menghargai isterinya setelah berumah tangga
ayah yg sangat baik..dan memandang jauh tentang kehidupan dan kemenjadiaan anak2nya
suami isteri yg rumahnya ada barakah.wujudnya sakinah dan mawaddah

sungguh..aku kagum..jika benar wujudnya suami dan isteri seperti watak penceritaan dalam buku yg dibaca ini
wujud ker ? aku bertanya sendiri...hati dan mindaku kembali menjawab persoalan sendiri..yer aku yakin ianya wujud
apa yg ditulis oleh dr farhan hadi dan ustazah fatimah syarha nie..adalah apa yg sebenarnya diaplikasikan oleh mereka berdua dalam rumah tangga mereka
 ( walaupun mereka tidak menyatakannya..namun firasatku mengatakan ya ! )
seperti yg selalu ditekankan oleh dr farhan hadi..apa yg dikejarkan adalah " keberkatan dalam rumah tangga"
kalau ingin dihuraikan..aku x berapa bijak..untuk mengolah buku yg dibaca..namun bagiku pengisiannya amat bnyak dan mesej yg cuba disampaikan mampu menyiram hati..

aku sempat untuk refleks diri sendiri
bnyak jauhnya dan kurangnya aku..jika dibandingkan dengan mereka
bnyak silap yg telah aku buat...jika dibandingkan dengan watak dr muslih yg begitu menjaga adab dan batasan dalam pergaulan
buat aku terfikir..inilah hikmahnya kenapa ALLAH "selamatkan aku" dari konflik yg pernah aku hadapi sebelum ini..

antara tulisannya yg tersemat di minta ku..dr muslih dalam penulisannya ada mengatakan :

1) wahai wanita..perlu ada perasaan malu dalam dirimu, jangan terlalu mudah menyerah/menawarkan diri kepada lelaki..kerana sudah menjadi sikap lelaki sukakan cabaran..bukan yg mudah menawarkan diri,,jangan terlalu berani dan mengajak lelaki bermesej, chating dan berbual perkara yg lagha..jika benar menyukai lelaki tersebut, gunakan org tengah, dan sekiranya..ingin nyatakan hasrat..nyatakan sahaja hasrat hati..namun cukup setakat itu..jngan dipanjangkan dengan aktiviti yg mendekati zina..seperti bermesej, call atau chatting..itu pesan dr muslih pada kaum wanita ! kata dr muslih lagi..jika mahu lakukan juga..teruskanlah..TAPI JNGAN TERKEJUT SEKIRANYA LELAKI YANG BAIK-BAIK AKAN MENOLAKNYA ...( aku bersetuju, dengan penyataan ini..yer lelaki yg betul2 baik akan menolaknya..namun lelaki yg betul2 baik tue..rasannya jumlahnya tak lagi bnyak di dunia ini.tp aku yakin ianya ada...kerana rata2 lelaki..imannya biasa2 sajer..sama juga dengan wanita..sukar untuk mencari wanita yg betul2 baik di era ini..namum ianya ada... mengapa aku berkata begini..kerana berdasarkan pengalamamn peribadi dan pemerhatianku...bila seseorang meminati kaum berlawanan jenis..berkenalan..dan seterusnya perkenalan ini akan diikuti dengan mesej yg lagha ..yg  ramai antara kita menganggapnya normal..mesti tnya "dah makan ker? ", bawak keter elok2.. selamat malam dan yg lebih parah pun ader...ditambah dengan muah..muah...dan mcm2 lg...sehingga majoriti umat islam yg imannya biasa2 ini...menganggap fenomena ini normal...( aku kembali mereflek diri sendiri...sedihnya..suatu ketika dulu ,aku juga pernah lalai dan leka..juga terjebak dengan perkara yg lagha..kerana imanku yg juga biasa2 , namun nyata ALLAH sedikit demi sedikit "menyalamatkan ku " dari konflik dan musibah ini ) 

aku membaca lagi...
aku kagum bagaimana dr muslih menjaga batasan hubungannya semasa tempoh pertunangan 

mesej pertama dr muslih pada tunangnya :
" assalammualaikum,hanya ingin menyampaikan salam bonda ana. Insyaallah ana akan bertolak ke bumi kenyalang pada malam ini. Doakan agar perjalanan ini selamat "
 monolog dr muslih : aneh sekali perasaanku  ini. Ada keinginan kuat untuk mengambil tahu kondisinya. Namun apabila SMS ini kuhantar, muncul rasa bersalah, gelisah dan takut membuat ALLAH murka. Kujernihkannya dengan istighfar. Jika perasaan ini terus menderaku, adalah lebih bijak aku menutup  bnyak pintu yg memberi bnyak ruan berhubung, apatah lagi bertemu.Kecuali atas dasar urusan sahaja. Kuingat pesan nabi ; " mintalah fatwa dari hatimu "


balasan mesej dari tunang dr muslih :
"waalaikummussalam warahmatullah, sampaikan salam hormat ana dan ibubapa ana buat keluarga disana. Oraklah langkahmu wahai pemuda agama, medan ilmu adalah medan jihad kita. sama-samalah kita amanah menekuninya, demi membela agama ALLAH taala, selamat berjuang, jngan mudah terhalang. doakan ana di sini.

kagumku bertamu pada mereka yg kuat imannya. dan aku tahu mereka itu jumlahnya cuma tinggal sedikit..namun masih ada, aku memohon pada maha pencipta..agar disimpannya seorang untuk diriku...yer  insan yg imannya bukan biasa2..walaupun dia hanya manusia biasa..lantas aku terfikir..layakkah? layak atau tidak..jawapannya ada pada maha pencipta..dan aku juga cepat sedar,,ada kah dengan hnya menadah tngan..doaku akan dimakbulkan..persoalannya kenapa tidak berusaha? aku tidak duduk sahaja..tanpa sebarang usaha..aku sedang berusaha namun dalam cara yg berbeza..aku berusaha untuk memperbaiki diri untuk menjadi baik dan lebih baik. aku berusaha membaca sebnyak mana buku yg boleh membantuku memperbaiki diri....aku berusaha mendekatkan diriku pada maha pencipta..aku berusaha memahami erti sebenar tawakal dan keberkatan....

p/s : sy belum berkahwin, jadi saya tidak mahu tersalah berkahwin.Jika saya berkahwin, sy hnya ingin menjadi isteri kepada lelaki yg tepat, bukan lelaki yg tersalah pilih. Saya optimis pada takdir yg mendepan.Pilihan ALLAH sudah tentu yg terbaik.Perlu berbaik sangka dengan ALLAH.


No comments: