Monday, December 24, 2012

amanatku pada mereka..

( ketua kelas 2DK1 : zulkifli..pelajar yg sentiasa mendapat A dalam geografi, bermula dari ting 1-2 --> bangga aku sebagai guru geografinya )

assalammualaikum :) lagi beberapa hari lg sekolah akan dibuka, semua pelajar 2DK1 akan melangkah ke tingkatan 3..x kira la kelas ape yg kamu masuk, kelas depan atau belakang..x penting..yg penting sekarang adalah pasangkan niat dan azam yang kukuh dan bertekad sepenuhnya untuk terus kuat mencapai azam yg dibuat pada awal tahun..semoga azam itu tak layu dipertengahan tahun, sebaliknya terus membara sehingga akhir tahun kelak..dengan izin ALLAH dan usaha yg berterusan..apa yg diimpikan akan tercapai ...


1) jati diri mesti kuat..jangan suka terpengaruh dengan kawan ( kemudi diri sendiri..berani katakan tidak pada sesuatu yg tidak baik dan merugikan..biarpun keputusan yg kita buat akan membuatkan kita hilang kawan/geng )


2) untuk cemerlang akademik..mesti cemerlang akhlak dulu...org yg baik akhlaknya..pasti malaikat, guru2 dan ibubapa akan mendoakannya..jalan untuk menuju kejayaan lebih mudah.

3) jangan buat-buat baik..tp jadilah baik dalam erti kata yang sebenarnya...say no to couple, jauhi mendekati zina..bila kita mendekati zina/maksiat/ perkara yang sia-sia..doa kita tidak akan dimakbulkan...fikir2kan !


4) untuk berjaya...niat dan hati perlu bersih dan ikhlas..tanya diri sendiri..kenapa aku nak 8A ? ( saya cakap 8A ..sebab for me my target is high..i want 8A..bukan 3A, 4A..atau 5A..itu bukan cemerlang..tapi biasa2 sajeer...)..okey, tnya hati sendiri kenapa nak cemerlang dalam PMR ? didiklah hati..sebab kamu berusaha adalah kerana ALLAH..dahagakan ilmu kerana ALLAH..dan y kedua..kerana kasihankan ibubapa...dan ingin bahagiakan ibubapa kamu ;) itulah niat yg murni dan ikhlas..kasihankan ibubapa yg sudah bekerja keras memberi yg terbaik untuk anak2nya..jadi kamu juga perlu beri yg terbaik untuk ibubapa kamu..


5) solat jangan tinggal walaupun sekali..disitulah kekuatan hati kita sebagai umat islam...usaha perlu berganda..baca buku dari kulit ke kulit...jngan cepat putus asa..buat bnyak soalan terutamanya matapelajaran yg lemah..jngan menyerah kalah..usaha, usaha,,,dan usaha lagi sehingga semua matapelajaran dapat A...jangan lupa berkat dari seorang guru tue penting, jaga akhlak dan percakapan bila berkomunikasi dengan guru yg mengajar..jangan kecilkan hati dan sakitkan hati guru..takut2..hilang keberkatan..jadi sia2..usaha selama ini

6) dipertengahan usaha..mesti ada masalah..mesti ada air mata...dalam menempuh kejayaan yg sebenar...hati perlu kuat dan kental..hnya kamu y dapat membantu diri kamu...jadi jngan sesekali menyarah..berusahalah,,sekuatnya, minta bantuan guru dan rakan2 yg suka belajar..sama2lah mencipta kajayaan..inin ditegaskan disini..pemilihan kawan itu penting !

7) last but not least...berusahalah wahai warga 2DKI, saya sentiasa mendoakan kamu..tp kalau kamu x nak berubah, dan bantu diri kamu, tiada daya saya untuk membantu kamu..its ur choice..pilihlah ! fokus kepada akademik bukan bermakna kau perlu meninggalkan padang...kenapa perlu narrow minded..ambillah kedua2 peluang yang ada depan mata..namun perlu bijak membahagikan masa...contoh terbaik yg sy boleh bagi..tengoklah dan contohilah fathi haziq...cemerlang akhlak, cemerlang sukan dan akademik..fathi haziq..pemain bola sepak sekolah..juga pelajar sedaka y berjaya mendapat 9A dalam PMR baru-baru ni..maka muhasabahlah ! 


sekian dari saya, salam sayang ;)



p/s : amanat ini aku postkan di group 2DKI..di facebook, yg telah dibuka oleh salah seorang pelajarku..semoga sedikit sebnyak mampu mencungkil semangat mereka untuk mencipta kecemerlangan pada tahun hadapan ..in shaa ALLAH..




(syafiqa hanim. (merangkap penolong ketua pelajar sesi petang ).juga pelajar yg sentiasa mendapat A dalam geografi..sekaligus mendapat tempat top 3 dalam keseluruhan tingkatan 2)
p/s :bnyak memori bersama mereka tatkala menjadi guru tingkatan mereka..ada suka dan duka, aku akan terus mendoakan mereka hingga keakhirnya

No comments: