Monday, December 17, 2012

esok aku akan kesana...

alhamdulillah esok aku akan kesana..suatu tempat yg amat aku gemari..tempat yg mungkin biasa bagi org lain..tp cukup luar biasa bagiku..ada sentimental value disini..sungguh hati aku sering merindui tempat ini...masjid sultan mizan zainal abidin, putrajaya, atau nama lainnnya masjid besi...

putrajaya..satu tempat yg menjadi idamanku...sebelum aku berpeluang kesana..aku tahu bahawa tempat ini sangat terkenal dengan seni bina yg amat menarik..sama ada dari segi bangunan, jambatan dan lampu2..yg dipasang sepanjang jalan..menjadikan putrajaya satu tempat yg amat menarik, bagi mereka yg suka pada keunikan seni bina di sini..termasuklah aku...sebelum ini..aku hanya melihat di google, televisyen, dan drama2 arahan yusuff haslam dimana bnyak filemnya dilakonkan di putrajaya...seperti  cerita janji diana, lakonan rosham nor dan erra fazira ;) namun ..setelah bekerja..aku akhirnya berjaya menjejaki tempat ini...dan esok adalah kali ketia untuk tahun 2012..dengan izin ALLAH, aku dapat menjejakkan kaki lagi di putrajaya..terutamanya masjid sultan mizan zainal abidin...seni bina yg bagiku amat mengkagumkan...desiran air dan hembusan angin yg cukup menenangkan..pertama kali aku melangkah disini..aku rasakan inilah rumah allah yg paling cantik yang pernah aku temui..masjid yg terdiri daripada 3 tingkat...kawasan kolam yg sangat luas..air yg tenang...membuatkan jiwaku tersentuh dan cukup bersyukur dapat bersolat di situ..terutamanya pada waktu mahrib dan isyak...satu suasana yg mengasyikkan..aku byangkan seolah-olah aku berada di Mekah ;) pastinya suasa di mekah 1000x lebih indah dan menarik berbanding disini...x dapat digambarkan bgaimana keadaannya..mungkin suatu hari nnt.dengan izin ALLAH aku dapat menjejakkan kaki ke sana..in shaa ALLAH..

ramai juga yg pelik, kenapa aku begitu takjub dengan masjid ini..bagi mereka yg pernah datang..ada yg anggap masjid ini sebagai biasa2 sajer...aku tersenyum jika soalan ini diajukan..aku tiada jawapan lain..cuma hati aku menyatakan..aku selalu merindui tempat ini..sangat tenang dan mendamaikan..seronok dapat bertafakur di sini...yer..seperti yg aku nyatakan , terutamanya pada waktu maghrib..satu suasana yg memang x dapat dibeli dengan wang ringgit...alhamdulillah..moga esok aku diizinkan sekali lagi untuk bersolat disini ...

bulan mei 2012..kali pertama aku menjejakkan kaki ke putrajaya...pakai pucuk dicita ulam mendatang, aku ditawarkan untuk kesana selama 4 hari..untuk mengikuti jambori pengakap negeri perak..satu peluang yg selama ini amat aku idamkan..ke putrajaya...selama 4 hari di putrajaya..aku berkhemah bersama pelajar2ku...dan menikmati keindahan putrajaya..disamping mengikuti program jambori jutaan belia...satu kenangan menarik yg sentiasa tersemat dihati..tapak perkhemahanku ..tidak jauh dari masjid besi..hanya 5 minit berjalan kaki sahaja..jadi inilah peluang untuk aku menghabiskan masa di masjid yg amat aku kagumi seni binanya..x jemu berada sini, 4 hari disana..aku berpeluang mencari masa untuk menunaikan solat maghrib, isyak, zohor dan subuh di masjid ini...aku juga berpeluang mendengar kuliah maghrib yg disampaikan oleh seorang ustaz y x dikenali namanya..dengan tajuk kuliah 'remaja masa kini" sesuai dengan jambori jutaan belia yg ketika itu diadakan di putrajaya...

semasa berkhemah juga..aku sempat berbual dengan cikgu zaki ( cikgu pengakap dari sekolah jiran ), pertama kali aku dapat berbual panjang dengannya..walaupun selalu bertemu..namun tiada peluang untuk berbual

cikgu zaki : sheeda pernah datang putrajaya?
me           : tak..ni first time
cikgu zaki : tak pernah jalan-jalan sini? ( seolah2 x percaya)
me           : yer...x pernah..ni first time, sebab tue sy excited nak dtg sini..dulu saya selalu tengok kat dalam filem yusuff haslam jer..tempat2 kat putrajaya nie ;)
cikgu zaki : ohhh...dulu masa sy dtg putrajaya..putrajaya x cantik macam nie, tadi sembang dengan pak cik tue..pak cik tue kata..dulu nak cari kereta sebiji pun susah..x macam sekarang
me           :  tahun bila cikgu zaki datang putrajaya ? ( sengaja aku ingin mengira usia dia pada ketika itu )
cikgu zaki : dulu lah..masa saya dtg sini tahun 2002
me           : oh..dah sepuluh tahun...( aku mencongak..usiaku pada ketika itu..tahun 2002..aku berada di tingkatan 4, masih gadis remaja yg dah tak berhingus..tp ,masih mentah dalam erti hidup )
cikgu zaki : saya kalau, one day org lantik saya jadi pegawai PPD kat putrajaya nie..saya nak tolak la..
me           : kenapa ?
cikgu zaki : sebab bnyak traffiq light..jalan pun boleh tahan jem..kereta pun bnyak, sedangkan duk di kampung pun selalu jer lewat dtg sekolah..ha2
me           : ;) biasalah..tue..saya pun sama, saya pun tak nak kerja kat putrajaya nie..tp saya suka dtg sini ;)

                        - ------------------------>end of story <------------------------------------ p="p">
alhamdulillah..esok aku akan datang lagi ke putrajaya
akan aku jejakkan kaki lagi ke masjid besi..
tempat yg selalu mejadi kerinduan bagi ku
moga esok aku dapat solat berjemaah maghrib dan isyak di sana
aku nak duduk di tingkat tiga
aku ingin bertafakur di sana
ingin aku nikmati hembusan angin malam
dan ingin aku rasakan kesejukan air yg mengalir tenang

semoga ALLAH mempermudahkan semua impianku pada esok hari...amin ya rabbal alamin





No comments: